Fazli Izwan dot Com

Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging

Rezeki Bertambah, Usaha Pun Kena Tambah

Pada hari Jumaat lepas, isteri saya panggil saya,”Abang!!!”. Dari suaranya, rasa macam ada sesuatu berlaku. Tapi saya rasa panggilan tu agak manja juga. Macam ada sesuatu berlaku tapi bunyinya agak manja. Mmmm… Jangan fikir lama-lama. Tumpukan pada apa yang saya nak tulis.

Saya pergilah ke arah panggilan suara isteri saya tu. Rupanya dia nak tunjuk result dari pregnancy tester yang baru beli kat Guardian. Dia kata,”Tengoklah”. Saya pun tanya,”Tengok apa?”. Dia pun kata lagi,”Tengoklah ni”. Saya pun terpinga-pinga kejap. Dia suruh saya tengok pada pregnancy tester tu sebenarnya.

Saya tak tahu apa yang patut ditengokkan pada pregnancy tester tu. Dia pun kata,”Dua-dua warna terang”. Saya tak faham lagi. Saya tanyalah,”Apa maksudnya?”. Dia pun kata,”Maksudnya saya pregnantlah”. Bila dengar dia kata macam tu, tak tau nak buat riak muka macam mana.

Masa saya dapat berita dia mengandung anak pertama dulu, tangan saya menggigil pegang pisau(masa dapat berita tu saya baru nak potong bawang). Dengar dia mengandung anak kedua ni mungkin taklah rasa menggigil macam anak pertama. Mungkin sebab saya dah bersedia untuk menerima anak kedua.

Masa dapat berita anak pertama dulu, saya terfikir,”Boleh ke saya jaga anak saya tu nanti?”. Tapi kali ni berbekalkan pengalaman sebagai Mr. Mama, saya tak rasa gementar sangat. Saya pun senyum je lah bila dia bagitau dia pregnant anak kedua. Saya ajak dia jumpa doktor dulu untuk sahkan.

Siang tadi pergi jumpa doktor kat klinik Changlun. Bila dah jumpa, sah positif. Syukur kepada Allah. Ada rezeki nak dapat anak kedua. Saya pun dah lama terfikir nak ada anak kedua memandangkan Faiq pun dah besar. Bagi saya Faiq pun nak kawan juga. Hari-hari main dengan abah dia je. Hehehe…

Saya teringat masa nak nikah dulu. Ustaz yang jadi kadi berceramah katanya,”Bila kahwin, rezeki akan bertambah. Dulu sebelum kahwin cawan kat rumah untuk kita sorang je. Lepas kahwin, kat rumah ada lebih 2 cawan. Kalau tak percaya, cuba tuan-tuan kahwin.”. Ceramahnya agak lucu tapi maksudnya jelas pada saya.

Pada saya rezeki paling besar untuk orang yang dah kahwin ialah anak. Anak itu adalah rezeki, juga adalah satu amanah. Jadi untuk menjaga amanah itu, kita perlu berusaha keras untuk memenuhi keperluan anak. Jadi dengan rezeki anak, ditambah dengan usaha keras kita, jika diizinkan Allah, rezeki kita akan bertambah.

Sama juga dengan cawan kat rumah. Kalau dulu cawan ada satu, kita basuh satu cawan saja. Kalau cawan ada lebih dari 2, kita kenalah usaha lebih sikit sebab kena basuh 2 cawan. Walaupun rezeki diberi, didatangkan juga dengan tanggungjawab. Macam kata Uncle Ben dalam cerita Spiderman,”Great power comes with great responsbilities”.

Dengan berita baik ini, bermaksud saya perlu berusaha keras lagi untuk menyara keluarga. Biasanya orang akan kata,”Nanti adalah rezeki anak tu”. Saya yakin dengan apa yang orang kata tu tapi kenalah datang dengan usaha. Kalau malas, macam mana rezeki nak datang? Working… Working…

  • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Berita Gembira
  • Bisnes: Senang Ke Susah?

    Saya teringat ucapan Patric Chan(jutawan internet Malaysia) mengenai bisnes. Masa tu saya menghadiri seminar The Four Weeks To Freedom anjuran Zamri Nanyan di Penang. Beliau berkata “Kalau bisnes tu senang, hari ni kita buat bisnes, esok orang lain boleh ‘take over’ bisnes kita”.

    Maksudnya lebih kurang macam tulah. Saya tak pandai nak ulas maksud saudara Patric tu walaupun saya macam faham maksudnya. Tapi apa yang boleh saya cakapkan di sini bisnes itu tak lah semudah yang disangka. Perlukan usaha, perancangan dan kecekalan untuk melakukannya.

    Untuk memulakan sesuatu bisnes tu sangat mudah sebenarnya. Sebagai contoh, saya ada seorang kawanyang suka bisnes. Setiap kali saya jumpa dia, dia akan perkenalkan saya dengan ‘bisnes baru’ dia. Maksudnya dah banyak kali dia memulakan bisnes tapi bisnes dia ni masih lagi di peringkat permulaan. Bisnes yang disertai belum berjaya, dia dah masuk bisnes yang lain.

    Kalau kita asyik menyertai bisnes baru, bila kita nak sampai ke tahap seterusnya. Kalau kita bekerja makan gaji, dalam tempoh waktu tertentu kita diberikan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat bergantung kepada kerajinan dan tempoh bekerja dengan majikan tersebut. Bergantung pada bos juga kalau dia nak naikkan pangkat kita.

    Jadi kalau baru seminggu bekerja, kita dah mencari kerja yang baru, bagaimana majikan ingin memberikan kenaikan pangkat? Sukar bukan? Begitu juga dengan bisnes. Kalau kawan nampak kita asyik join bisnes baru je, macam mana kawan nak yakin untuk menyertai kita?

    Ada satu lagi ucapan dari Patric Chan yang saya rasa menarik untuk dikongsi iaitu “Mereka mengadakan personal coaching pada orang lain tentang cara buat duit. Tapi orang yang buat personal coaching tu tak pernah buat duit pun dengan teknik yang dia ajar. Mereka buat duit dengan memberikan personal coaching tentang cara nak buat duit”.

    Perbuatan ini seperti menganiaya orang lain yang perlukan duit. Sepatutnya teknik yang diajarkan itu dicuba dulu dan tunjukkan keputusan atau case study selepas teknik tersebut dilakukan. Kemudian barulah adakan personal coaching. Kalau kita faham tujuan bisnes tu sebenarnya adalah untuk membantu orang, bukannya untuk menganiaya.

    Jangan aniaya orang lain walaupun nak buat bisnes. Kalau kat kampung tu tak ada orang jual lembu, kita ambil peluang untuk jual lembu supaya senang orang kampung nak beli. Ambil peluang untuk membantu orang lain dengan bisnes. Tak payahlah orang kampung ke pergi ke bandar untuk beli lembu dah lepas ni.

    Tapi kita mesti faham, nak beli lembu dan memulakan bisnes menjual lembu adalah mudah sekiranya kita ada modal. Tapi adakah kita dapat mengekalkan perniagaan menjual lembu itu? Sebab kita perlu bagi makan lembu, jaga lembu, jaga kesihatan lembu, buang tahi lembu dan melayan kerenah lembu-lembu tu bukanlah sesuatu yang mudah.

    Menjual lembu tu adalah contoh saja. Bisnes itu satu proses yang panjang. Bukannya hari ni join bisnes, esok dapat duit. Sekadar berkongsi dari pengalaman dan ilmu yang ada saja. Selamat berniaga.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Bisnes
  • Menjana Pendapatan Berulang

    Satu perkara yang saya belajar dari abang ipar saya mengenai bisnes. Dia kata “Kalau kita kerja makan gaji, sekali bos pecat, memang takkan ada gajilah lepas tu kecuali cari kerja lain tapi kalau kita buat bisnes, kalau customer ‘pecat’ kita, kita masih ada lagi customer lain”. Sekarang ni abang ipar saya adalah antara orang Melayu yang berjaya dalam bisnes(bukan internet marketing).

    Sampai sekarang saya suka dengan pesanan dia tu. Tapi kalau makan gaji, bos bagi kita gaji tiap-tiap bulan. Ada ke customer nak bagi kita duit macam gaji tiap-tiap bulan? Ada sebenarnya cuma mungkin kita tak perasan. Mungkin saya pun baru perasan. Jadi saya akan cuba kongsikan di sini.

    Ada banyak cara untuk mendapatkan gaji tetap dari customer setiap bulan. Antaranya:

    1) mendapatkan pelanggan tetap – kalau orang yang baru masuk ke dalam dunia perniagaan, agak sukar untuk mendapatkan pelanggan tetap sebab biasanya pelanggan ingin melihat rekod dan portfolio perniagaan kita dulu sebelum melanggan daripada kita tapi ini bukan satu masalah kalau kita mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus. Cuma diingatkan jangan bagi janji-janji manis ye!

    2) menyertai MLM – MLM juga mampu memberikan pendapatan berulang sekiranya downline-downline anda rajin mengekalkan jualan/belian mereka. Kalau produk bagus, konfem mereka akan membeli semula. Kalau produk hampeh, biasanya beli sekali je. Komisen anda pun sekali je lah. Jadi pastikan menyertai MLM yang mempunyai produk berkualiti tinggi.

    3) menyertai affiliate yang memberikan komisen bulanan – contoh affiliate yang memberikan komisen bulanan kepada saya adalah trafficwave. Trafficwave memberikan komisen sekiranya ada orang yang melanggan trafficwave melalui link affiliate kita. Jadi macam mana pula dapat komisen bulanan? Apabila kita melanggan akaun trafficwave, kita perlu membayar USD17.95 sebulan selagi kita berminat untuk menggunakan trafficwave. Jadi selagi orang yang kita taja, membayar jumlah berkenaan setiap bulan, kita akan dapat komisen. Dalam bulan ni saja sudah ada 4 orang menyertai trafficwave melalui link affiliate saya.

    Tapi nak jadi ejen affiliate trafficwave, kita kena ada akaun affiliate dulu. maksudnya kita kena bayar juga USD17.95 juga. Kalau tak bayar, tak boleh jadi ejen affiliate. Sebelum sertai, pastikan tahu apa fungsi autoresponder tu dulu. Sebab kalau tak faham, sia-sia saja bayar bulan-bulan USD17.95 tu,

    Saya mula-mula gunakan trafficwave untuk e-mail marketing tapi saya nampak kelebihan menjadi ejen, saya cuba promosikan sekali. Saya dah menaja lebih 3 orang, jadi saya dah dapat gunakan autoresponder ni ‘free for life’ selagi orang yang saya taja tu melanggan akaun trafficwave ini.

    Kenapa 3 orang dah cukup untuk dapat free? Komisen yang saya dapat setiap sorang tu ialah USD6.00. Kalau 3 orang, dapat USD18.00. Ada baki USD0.05 buat belanja. Hehehe… Kalau dapat lebih tu bonus. Cuba bayangkan kalau dapat taja 10 orang, tiba-tiba sorang tak nak guna trafficwave dah, kita masih lagi menaja 9 orang.

    Dan yang pastinya takkan kita nak biarkan sampai bila-bila pun nak taja 9 orang ni saja. Mesti nak tambah juga. Sebulan dapat taja sorang pun jadilah. Orang yang kita taja tu ibarat ‘bos yang nak bagi kita gaji’. Kenalah jaga elok-elok jaga bos-bos tersebut. Kalau diorang tanya, kita jawab. Kalau tak nak jawab, nanti sorang-sorang bos akan ‘fired’ kita.

    Saya cuma boleh ceritakan income yang saya dapat, yang tak dapat tak naklah saya cerita kat sini. Hehehe… Saya juga pernah mendapat bonus MLM seperti HPA dan juga Elken tapi kalau downline tak rajin membeli, saya tak dapatlah bonus. Begitulah MLM.

    Ada juga sistem affiliate yang tak perlukan kita membayar tapi mampu menjana pendapatan berulang. Saya tak pernah cuba tapi saya rasa ada di Clickbank. Daftar affiliate kat situ. Cari produk yang berikan berikan komisen secara berulang dan daftar sebagai affiliate.

    Jadi begitulah cerita serba sedikit bagaimana untuk mendapatkan pendapatan berulang macam gaji dalam perniagaan. Walaupun anda bos di syarikat anda, tapi bila di luar anda bukan lagi bos. Anda akan ada lebih banyak bos. Yang penting jangan lupa Bos yang paling besar. Sembahyang jangan lupa.

    • Share/Bookmark

    Keazaman Untuk Melakukan Sesuatu

    Saya bekerja sebagai seorang engineer sebelum ni. Daripada Johor Bahru saya berpindah ke Penang dan bekerja sebagai Research Officer. Dari Penang saya berpindah ke Perlis bekerja sebagai seorang Mr. Mama(aka bekerja dari rumah). Lepas tu saya berpindah ke Changlun, Kedah sebab beli rumah baru.

    Sebenarnya bukan mudah nak buat keputusan untuk berpindah ke sana dan ke sini terutama bila melibatkan pendapatan. Di Johor Bahru, saya agak mewah sebab selalu dapat pergi outstation(dapat elaun lebih). Masa tu bujang takpelah. Banyak juga minda saya belajar tentang kehidupan bila banyak pergi outstation ni.

    Daripada seorang engineer yang bergaji tetap, saya pindah kerja ke Penang dengan jawatan kontrak dan gaji yang lebih rendah. Sebab apa? Sebab nak kahwin. Hehehe… Masa tu wife saya kerja kat Perlis(sekarang pun sama). Jadi takkan saya nak duduk JB, lepas kahwin baru nak fikir? Kenapa Penang? Saya tak jumpa pekerjaan yang sesuai dekat area Kedah – Perlis.

    Daripada Penang, saya pindah ke Perlis sebab masa tu dah ada baby. Kalau saya terus kerja di Penang, maksudnya saya mungkin cuma boleh balik rumah jumpa wife and baby pada hujung minggu saja. Perlis dan Penang jauh. Makan masa 2 jam dengan kereta kancil saya. Bukan saja makan masa, malah makan minyak dan makan duit tol. Yang tak makan adalah saya. Hehehe…

    Pindah ke Perlis tanpa apa-apa jaminan pendapatan pun masa tu. Rintangan memang banyak masa nak berhenti kerja. Dapat sedikit tentangan daripada mertua dan juga parent saya sendiri. Tapi saya terpaksa teruskan juga azam saya. Bukan saya mengenepikan mereka tapi saya yakin dengan jalan berniaga.

    Dan sekarang saya sudah berpindah ke Changlun, Kedah. Saya rasa lepas ni dah tak pindah kot. Kecuali dapat beli rumah baru. Hehehe… Dapat gak ada rumah sendiri untuk saya dan keluarga. Jemputlah datang rumah kepada siapa-siapa yang duk dekat area ni yer.

    • Share/Bookmark
  • 2 Comments
  • Filed under: Pengalaman
  • Trafficwave Bagi Check Expired

    Hari ni saya tak duduk rumah. Saya ke Kuala Perlis dengan wife sebab ada order dari universiti. Nak hantar quotationlah kiranya hari ni. Dah sampai ke Unimap saya jumpa dengan lecturer yang nak tengok quotation tu. Lepas tu dia bagitau dia akan masukkan quotation tu dalam meeting.

    Jumaat ni baru diorang nak finalize. Harap-harap quotation tu tak ada masalahlah kan. Oleh sebab saya masih lagi ada 2 cek trafficwave yang tak di’cash’kan lagi, saya pun pergi ke CIMB Kuala Perlis. Masuk dalam tu saya tunjuk kat pegawai kat counter tu check trafficwave saya.

    Saya tengok muka diorang macam blur-blur sikit. Tak taulah sama ada diorang pernah terima check dari luar negara atau tak sebelum ni. Pegawai tu pergi tanya pegawai kat dalam pula sebab nak konfem betul ke tu adalah check. Lepas tu dia keluar balik dia kata pegawai tu keluar pula. Dia suruh saya tunggu.

    Tak berapa lama pastu pegawai tu panggil saya balik. Kali ni belakang dia ada orang lain. Bos dia agaknya. Dia kata check saya tak boleh di’cash’kan. Saya pun tanyalah, “Kenapa? Masa kat CIMB Changlun tak ada masalah pun.”. Dia merujuk kepada tarikh pada check tersebut iaitu tertulis 06/01/2010. Dia kata, “Check ni dah expired.”.

    Lepas tu dia tunjukkan ayat di check tu yang mengatakan check tu hanya valid dalam tempoh 90 hari selepas dia diisu. Saya pun kata, “Tak sampai pun 60 hari lagi”. Pegawai tu kata, “Check ni diisu pada 6 haribulan 1 2010(06/01/2010). Sekarang dah bulan 7 dah. Maksudnya dah tak valid dah”.

    Saya pun katalah, “Tarikh tu terbalik. Sepatutnya 1 haribulan 6 2010(01/06/2010)”. Lepas tu bos dia kat belakang menyampuk pulak, “Sistem tak boleh terima sebab tarikh dah expired”. Nasib baik saya teringat ada check lagi satu di mana tarikhnya bertulis 06/22/2010.

    Saya tunjuk ka pegawai tu check lagi satu. Saya tanya, ” Takkan check ni tarikh 6 haribulan 22 2010. Mana ada bulan 22!”. Pastu dia tengok check tu, dia compare balik, pastu dia kata, “OK, saya check kat dalam sekali lagi. Encik tunggu ye.” Saya tunggu lepas tu sampai tertidur dibuatnya. Lama betul dia buat pemeriksaan.

    Lepas tu dia panggil saya lagi dan ajar saya cara nak bank-in check tersebut. Lepas tu dia tanya, “Check apa ni?”. Saya cakaplah “Terima komisen sebab tolong promosikan software company ni”. Kalau cakap autoresponder, tak taulah diorang faham ke tak. Jadi saya sebut je ‘software’ supaya semua orang boleh faham.

    Lepas tu setel. Kedua-dua check trafficwave tersebut telah berjaya di’bank-in’kan. Demikianlah cerita saya dengan pegawai bank CIMB berkenaan check trafficwave ni. Nasib baiklah ada 2 check. Kalau ada 1 check je saya ingat dia tak nak terima check tu rasanya.

    • Share/Bookmark

    Kuasai Design Minisite Dulu

    Malam tadi saya dapat seorang pembeli yang ingin membeli panduan untuk membina grafik. Beliau nak membina grafik untuk menghasilkan header di forum yang beliau akan buat. Beliau tanya dulu sama ada panduan yang diberikan boleh membantu beliau membina header forum atau tidak.

    Saya chatting dengan beliau agak lama juga. Saya terangkan sikit-sikit beza design minisite, blog, e-commerce dan juga forum. Jika saya tak mula design minisite, saya mungkin takkan tahu cara nak design blog, forum dan yang lain. Saya pernah beli beberapa panduan penggunaan photoshop. Tapi kalau kita tak ada matlamat kenapa kita belajar, susah juga nak faham.

    Sebelum saya terlibat dalam design-design ni, saya belajar dari panduan video grafik minisite dari saudara Bearnerd. Video tersebut dalam bahasa melayu. Saya mudah faham sebab dapat praktikkan langkah-langkah yang diterangkan dalam video tersebut.

    Kalau tengok design minisite Panduan Trafficwave, memang minisite tersebut di design berdasarkan langkah yang diterangkan daripada video saudara Bearnerd. Cuma bezanya minisite dengan blog atau yang lain-lain, anda perlu memahami kod di dalam fail jenis CSS.

    Nak terangkan semuanya kat sini panjang sangat. Cuma saya cakap dekat pembeli tadi tu, saya suruh dia buat dulu header tu. Nak masukkan dalam forum nanti bagitau saya, saya akan ajar. Tapi kenalah jadi headernya dulu. Kalau tak jadi design, macam mana nak masukkan?

    Dah ada ilmu kena amalkan. Kalau tak ilmu tu akan jadi sia-sia. Berfikir tanpa bertindak pun sesuatu yang merugikan. Jadikan kedua-dua perkara ni seiring. Bagi saya, saya lebih sukakan tindakan sebab lepas bertindak, kita akan dapat pengalaman. Pengalaman itu ilmu terbaik kita berbanding baca buku saja.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Design
  • Saya bekerja sebagai seorang website designer, juga sebagai seorang internet marketer. Walaupun kedua-dua kerja ni cuma duduk di depan laptop. Tapi saya tak dapat buat 2 kerja ni dalam satu masa. Sebagai seorang designer, saya perlukan idea yang fresh, tak ada gangguan. Bila dah siap baru boleh ganggu.

    Sebagai seorang internet marketer pula, saya perlu explore market di internet. Ada orang ingat kerja sebagai seorang internet marketer ni cukup sekadar ada website saja. Walaupun website tu mempunyai SEO pun, saya rasa belum cukup lagi. Banyak lagi market di internet yang perlu diterokai macam forum, blog dan banyak lagi.

    Bila saya menjadi seorang designer, saya perlu asingkan diri saya. Tapi bila jadi seorang internet marketer, saya perlu bergaul dengan orang. Sebab tu kedua-dua kerja ni saya perlu asingkan. Untuk menjadi seorang blogger pula, saya buat ikut suka. Biasanya saya akan spend 1 jam sehari untuk blogging.

    Nasib baik sekarang saya ada seorang assistant in design. Akan datang mungkin saya akan dapat sorang lagi assistant designer. Jadi masa tu mungkin saya boleh tumpukan pada internet marketing. Banyak projek on the way. Harapnya saya dapat capai target saya untuk setiap projek.

    Saya sembang dengan jiran sebelah rumah petang semalam. Dia kata OKlah kalau income banyak sebab buat kerja dari rumah. Saya kata nak income banyak tu bukanlah sebab utama saya bekerja dari rumah. Dulu saya terpaksa ulang alik dari Penang ke Perlis sebab saya perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Dan saya spend lebih RM60 sehari untuk pergi dan balik kerja dari rumah. Gaji habis kat atas jalan je.

    Kalau kerja dari rumah, mana ada belanja tol, tak ada belanja minyak(harga minyak dah naik pula tu). Kalau komitmen tak banyak(hutang), RM1k dah cukup dah sebenarnya sebulan. Yang lebih tu bonus untuk saya. Kalau tinggalkan di KL, RM1k mungkin tak cukup tapi syukur saya tinggal di Changlun. Di sini kos sara diri rendah. Rumah murah, makan murah.

    Yang penting saya tinggal di kawasan yang ada internet. Di Changlun, saya gunakan P1 wimax. Syukur dari segi kelajuan memang tak ada masalah. Saya dengar di KL, ada banyak masalah dengan P1 Wimax ni. Contoh terbaik rumah mak saya di Ampang gunakan P1 Wimax dan connectionnya sangat teruk.

    Walaubagaimanapun saya yakin, dengan usaha pasti berjaya. Allah dah bagi rezeki masing-masing. Yang penting kita usaha untukĀ  mencarinya. Pastikan ianya halal…

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Bisnes
  • Kenaikan Harga 5 Dalam 1

    Semalam mak mertua saya call. Katanya harga minyak naik 5 sen. Elok je saya letak telefon, kat TV keluar berita tentang harga minyak naik. Saya baru je isi minyak pagi semalam. Tak ada terasa nak isi pun sebelum tengah malam. Isteri saya suruh saya bagitahu abang ngah dia(aka abang ipar saya).

    Abang ngah pula tanya saya, ” dah konfem ke?”. Saya kata “dah konfem dah. tadi keluar berita”. Dia pun kata “nampaknya malam ni kena isi minyak siap-siap”. Jadi perbualan kami tamat kat situ je. Malam tu abang ipar saya keluar makan. Mungkin dia nak isi minyak sekali kot. Malam tu saya dapat sms dari dia…

    Saya tersenyum bila baca sms tu. Apa yang saya dapat feedback dari kawan-kawan yang lain pun, diorang macam tak ada effect gak. Kenapa agaknya ye? Bukanlah menyalahkan kerajaan. Saya ni bukanlah dari parti pembangkang pun. Saya juga follow up tentang apa yang berlaku dalam negara. Orang tak ada kerja macam saya memang rajin explore di internet.

    Saya cuba tidak berat sebelah dalam hal ni. Secara ringkasnya apa yang saya nampak, selalunya sesuatu isu yang berlaku tu tak ada penjelasan yang meyakinkan saya. Saya tak berapa kisah tentang kenaikan harga barang ni tapi berharap keputusan ni dibuat untuk kebaikan bersama.

    Tadi dengar khutbah kat masjid, khatib bagi ucapan tentang pemimpin. Antaranya bagaimana Saidina Abu Bakar ‘takut’ untuk menjadi pemimpin selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Takutnya Saidina Abu Bakar adalah kerana amanah sebagai seorang pemimpin tu sangat berat dan beliau rasa beliau tidak layak untuk memikulnya. Tapi kerana telah dipilih, beliau turuti juga tapi beliau berpesan “Taatilah daku selagi aku taat kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w” – ini ulasan saya sendiri lepas dengar khutbah.

    Khatib pun ada pesan tadi jangan ‘beli’ orang untuk memilih kita untuk jadi pemimpin sebab itu menunjukkan pemimpin tersebut juga boleh dibeli oleh orang lain. Harapan saya semoga pemimpin-pemimpin kita berada di jalan yang benar.

    • Share/Bookmark
  • 2 Comments
  • Filed under: Tak disangka
  • Saya pernah ceritakan sebelum ni bahawa isteri saya adalah reseller berdaftar dengan Lunatots. Lunatots ni adalah syarikat tempatan yang dimiliki oleh anak tempatan. Barang yang popular dijual oleh jenama Lunatots ni adalah cloth diaper. Oleh sebab isteri saya nampak kelebihan menggunakan cloth diaper, dia pun mendaftar sebagai reseller.

    Lepas mendaftar sebagai reseller, isteri saya adalah antara orang yang aktif mempromosikan cloth diaper ni. Sebelum buat promosi secara online, wife saya cuma promosi secara offline je. Sambutan secara offline amat menggalakkan dari kawan-kawan sebenarnya. Jadi saya buatkan website e-commerce untuk wife saya supaya dia boleh explore market online pula.

    Pada mulanya saya buat website e-commerce menggunakan zen cart seperti yang terdapat dalam cpanel. Terdapat beberapa kesukaran untuk setup website e-commerce menggunakan zen cart kerana saya dapati zen cart bukanlah satu software yang user friendly dan sangat serabut(mungkin sebab saya tak berapa biasa lagi).

    Kemudian saya terjumpa ada seorang kawan di Facebook menggunakan lot.my untuk membina website e-commerce. Saya cuba explore sekejap website lot.my ni. Ternyata mudah sungguh nak gunakan website lot.my ni. Tak silap saya lot.my ni adalah website dari Malaysia.

    Tak susah nak faham sebab layout dia pun agak user friendly. Jadi saya buat keputusan tinggalkan zen cart dan berpindah kepada lot.my. Lebih bagus lagi ianya adalah percuma. Jadi mungkin kepada kawan-kawan yang menggunakan blogspot untuk menjual barang, mungkin boleh gunakan lot.my ni kerana proses pengurusan pembayaran lebih mudah untuk pembeli.

    Jadi kalau ada sesiapa yang ada baby nak beli cloth diaper, jemputlah singgah ke kedai online kami. Kalau area alor setar-kangar, mungkin kami boleh hantar cloth diaper ni terus ke rumah. Kalau kat area lain, kami terpaksa hantar menggunakan pos. Kalau di area Ipoh atau KL, mungkin kami boleh hantar terus ke rumah juga. Itupun kalau kami balik ke kampung kami.

    Yang penting, daftar dulu sebagai ahli(tak kena bayar pun). Segala informasi terkini tentang lokasi kami, kami akan beritahu melalui email. Tapi kebanyakan masa kami akan berada di rumah kami iaitu di Changlun.

    • Share/Bookmark

    Cabaran menjaga anak ada macam-macam. Bila anak mengamuk, adakah kita juga kena mengamuk? Kadang-kadang saya mengamuk juga bila nampak dia mengada sangat. Hehehe… Tapi biasanya saya akan control sket. Sedikit sebanyak saya akan belajar cara menguruskan kemarahan.

    Tapi pada waktu yang sama ia juga adalah komunikasi antara saya dengan anak. Anak saya cuba menyampaikan apa yang dia nak dengan cara mengamuk ataupun merajuk dan lain-lain cara lagi. Tapi bila saya marah dia, ia juga memberi mesej kepada anak saya bahawa saya tak suka dia buat perangai macam tu.

    Bagi saya cabaran paling besar adalah bila susu dah habis. Oleh kerana anak saya minum susu badan saja, jadi bila susu habis saya terpaksa fikirkan cara lain untuk menenangkan dia. Marah dia sebab susu dah habis tak akan berkesan. Sebab mesej yang disampaikan oleh anak saya jelas iaitu dia nak susu.

    Sejak beberapa bulan ni, susu makin kurang. Mungkin sebab ummi dia pressure kat tempat kerja ataupun tidak sihat akan mengganggu penghasilan susu badan. Mungkin juga umur Faiq yang semakin meningkat menyebabkan susu makin kurang. Ni saya kurang pastilah. Kena tanya pakar. Tapi itulah pandangan saya.

    Apa yang akan saya buat bila susu tak ada? Antara yang saya lakukan:

    1) bagi anak makan nasi goreng yang saya masak walaupun tak berapa sedap, tapi anak saya suka makan nasi goreng saya

    2) bakar roti dan sapukan dengan planta

    3) bagi dia makan apa saja yang kita nampak sesuai untuk dia

    4) bagi dia minum air milo

    5) bawa dia jalan-jalan kat luar

    Semua perkara kat atas saya buat untuk melekakan dia dan jangan bagi dia ingat pada botol. Yang paling penting, jangan bagi dia nampak rupa bentuk botol susu. Kalau tidak dia akan minta susu saja. Masa tu mungkin susah untuk kita tenangkan dia balik. Hari ni memang ummi dia tak tinggalkan susu langsung sebab tak berapa sihat.

    Jadi saya keluar tadi walaupun nak dekat hujan(tapi bawa payung siap-siap). Kedai dari rumah saya adalah dalam 400-500 meter. Oleh sebab kat rumah ada satu kereta dan kereta tersebut dibawa oleh ummi Faiq, saya jalan kaki ke kedai. Sebenarnya dah biasa saya buat(jalan kaki ke kedai dengan Faiq).

    Sampai kedai tu baru hujan. Naib baik bawa payung. Belikan Faiq 4 air kotak Milo. Dia dah habiskan satu kotak Milo masa sampai rumah. Lepas tu teman dia main jap. Tukar cloth diaper dia, dukung dia bawa jalan-jalan sikit… Mission accomplish. Faiq dah tidur. Sebab tu saya boleh tulis blog ni sekarang. Hehehehe…

    • Share/Bookmark
  • 2 Comments
  • Filed under: Jaga Anak
  • Waktu Berbuka Puasa

    Kangar, Padang Besar, Arau, PERLIS
    Ahad ( 05-09-2010 )
    Imsak :5:44
    Subuh :5:54
    Maghrib :19:25

    Sebelum Anda Meninggalkan Blog Ini, Sila Isikan Email Anda Supaya Saya Dapat Menghantar Post Terkini Terus Ke Email Anda.

    Delivered by Fazli Izwan dot Com

    Arkib

    Kategori

    Pemberi Komen

    • Fazli Izwan
    • Hadi Rofiee
    • Shahrul

    Jumlah Pelawat Terkini