Fazli Izwan dot Com

Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging

Lupakan Cloth Diaper

Sekarang ni saya dah mula mengajar anak pertama saya, Faiq untuk melupakan cloth diaper. Ada beberapa ‘tools’ yang kami dah beli terutama bowl untuk dia buang air nanti. Semalam masa saya nampak Faiq tengah meneran, saya terus bawa dia masuk bilik air. Cuba letak dia kat bowl tu dia tak nak, kat jamban pun dia tak nak.

Menangis-nangis saya tengok. Saya takut dia tak lalu nak buang air lak kang. Jadi saya suruh je dia duduk atas lantai. Last-last dia buang air atas lantai. Takpelah. Baru pertama kali. Lepas ni kena ajar lagi. Sampai dia tau nak bagitau bila nak pergi bilik air. Hari ni tak sempat ajar sebab dia buang air tanpa bagi warning.

Umur Faiq dah setahun 7 bulan dah. Jadi saya rasa dah sampai masa dia belajar buang air kat bilik. Mak saya bagitau dia ajar adik saya sampai adik saya pandai buang air sendiri kat bilik air masa umur setahun. Saya punya target Faiq mesti pandai buang air sendiri dalam bilik air masa umur 2 tahun.

Dijangka Faiq akan dapat adik masa umur dia 2 tahun 2 bulan. Jadi cloth diaper yang ada sekarang bolehlah digunakan untuk adik Faiq pula. Melihatkan pengalaman abang ipar saya cuba nak ajar anak dia buang air. Kadang-kadang nampak dia keluar keringkan tilam kat depan rumah. Bila tanya kenapa, dia jawab,”Biasalah, Alya accident.”.

Jadi saya dah start kena sedia mental dan emosi bila perkara ini berlaku. Kesabaran paling penting. Untuk berjaya dalam sesuatu, kita kena bermula. Kalau tak bermula, macam mana nak tahu?

  • Share/Bookmark
  • 2 Comments
  • Filed under: Jaga Anak
  • Wajib Ada Kad Kredit

    Kalau anda nak membeli sesuatu di internet dan barang tersebut bukan dari Malaysia, anda wajib ada kad kredit. Kalau tak ada kad kredit, cuba dapatkan kad debit yang ada logo mastercard, visa atau american express. Sekarang ni budak sekolah pun boleh ada kad debit. Jadi anytime diorang pun boleh buat international business di internet.

    Ini bukannya perkara asing. Saya dapati ada beberapa orang pelajar yang masih lagi bersekolah dan mempunyai perniagaan internet mereka sendiri. Malah mungkin mereka telah memasuki pasaran antarabangsa ketika ini. Ada yang berasa transaksi di internet ni tidak selamat sekiranya kita mendedahkan nombor kad kredit kita.

    Saya tak pernah lagi ditipu di internet sebab mendedahkan nombor kad kredit saya. Tapi memang ada kes orang tertipu di internet apabila mereka mendedahkan nombor kad kredit mereka. Tapi ada beberapa pilihan sekiranya anda ingin melakukan transaksi di internet.

    Kalau di Ebay, Paypal adalah orang tengah di antara pembeli dan penjual. Sekiranya penjual menipu pembeli, maka Paypal akan menyekat transaksi tersebut dan memulangkan duit pembeli semula. Tapi untuk membeli di Ebay, wajib ada akaun Paypal. Jadi kita perlu daftar dulu akaun Paypal menggunakan nombor kad kredit kita. Kad debit pun boleh.

    Satu lagi cara adalah mendapatkan VCC iaitu Virtual Credit Card. VCC boleh digunakan untuk transaksi online sekiranya kita tidak ingin nombor kad kredit kita didedahkan di internet. Banyak pembekal VCC yang terdapat di internet. Anda perlu bayar pada pembekal tersebut jumlah amaun tertentu yang hendak dimasukkan ke dalam VCC tersebut dan anda boleh membeli-belah secara online menggunkan VCC tersebut.

    Ada beberapa cara lagi seperti Alertpay yang mana saya tak pernah gunakan lagi. Yang saya pernah gunakan cuma Paypal dan juga VCC. Sebelum anda mendapat bekalan VCC, pastikan pembekal tersebut mempunyai reputasi. Anda boleh tanya di forum sekiranya ingin mendapatkan kepastian mengenai reputasi pembekal tersebut.

    Ada orang tanya saya baru-baru ni nak gunakan autoresponder Trafficwave tapi tak nak bayar menggunakan kad kredit atau kad debit. Jawapan saya tentu tak boleh. Saya juga ada cuba membayar menggunakan VCC tapi di’reject’. Jadi pilihan yang ada cuma kad kredit atau kad debit dan juga Alertpay sebab Trafficwave tidak menerima Paypal.

    • Share/Bookmark
  • 7 Comments
  • Filed under: Bisnes
  • Mencari Idea Blogging

    Sebenarnya tak tau apa yang diblogkan hari ni selepas tersepit dengan cabaran saudara Rohaizad hari tu. Mungkin saya nak ceritakan bagaimana saya mendapat idea blogging setiap hari. Sebenarnya tak susah nak dapat idea blogging ni. Kita fikir, kemudian kita taip di papan kekunci laptop. Mudah bukan? Hehehe…

    Tak lah susah sangat. Mula-mula nak start blogging tu mungkin rasa susah sikit. Tapi lama-lama nanti OK lah. Yang penting kena mula dulu. Taip beberapa artikel yang ingin dimasukkan ke dalam blog. Kalau blogger bebas lagi mudah. Kalau blogger yang mempunyai niche-niche tertentu, mungkin perlukan idea. Saya ada beberapa guide yang dikongsikan untuk memastikan blog sentiasa di’update’.

    Saya suka bawa kamera ke mana-mana yang saya suka. Bila ada gambar menarik, saya tangkap je gambar yang menarik tu. Tak kisahlah gambar keluarga ke, gambar binatang ke, gambar keindahan alam ke. Balik rumah tengok balik gambar,”Haaa… Yang ni best kalau masukkan dalam blog.” Kadang-kadang tu lah yang saya buat.

    Lagi satu saya banyak berfikir. Kalau saya bercakap tentang idea tentang apa yang saya fikirkan, bukan semua orang boleh terima. Ianya cuma idea, bukan suruh buat pun. Kalau nak buat, kita buat sama-sama. Sebab tu saya suka tulis kat blog berbanding bercakap tentang idea. Nak terima atau tak terpulang. Yang penting saya dah sampaikan idea saya.

    Sekiranya saya dapat menyelesaikan sesuatu masalah dan saya rasa ramai orang yang menghadapi masalah yang sama, saya akan tulis supaya ianya bermanfaat kepada orang ramai. Maklumat free je. Tak kena bayar. Kalau ada pandangan lain, boleh komen kat ruangan komen yang disediakan.

    Lagi satu banyakkan membaca. Kerja sebagai seorang ‘Mr. Mama’ sepenuh masa ni membuatkan saya banyak membaca juga. Saya banyak membaca di internet. Saya jarang beli suratkhabar sebab kat internet pun boleh baca. Dapat satu tajuk menarik,”Haaa… Mesti ramai nak baca kalau aku masukkan dalam blog ni.”.

    Apa yang saya tak praktikkan lagi adalah saya tak tulis dalam kertas apa yang saya nak masukkan dalam blog. Lepas ni kena tulis atas kertas supaya senang nak menaip di blog kalau dah tajuk. Kalau diikutkan, saya boleh tulis apa saja dalam blog saya setiap jam. Tapi nampak sangat saya tak ada kerja kalau update blog setiap jam.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Idea
  • Keluarga Saya Di Internet

    Saya bersyukur kerana saya diberikan rakan-rakan yang baik dalam hidup. Yang baik tu maksudnya di antara kami selalu ada tolong menolong jika ada sesuatu perkara yang kami nak lakukan bersama. Mungkin ada sesetengah antara kita biasa ditipu kawan-kawan.
    Saya pun biasa juga ditipu. Dengan duit, barang, kepercayaan dan macam-macam lagi.

    Tapi adakah disebabkan kita kena tipu oleh seorang kawan, kita tak percaya pada kawan yang lain? Saya tak meletakkan semua kawan tu sama. Setiap kawan saya ada pengalaman yang berbeza. Bukan bermaksud saya tak adil. Sebab adil yang sebenar bermaksud meletakkan sesuatu hak di tempatnya.

    Saya cuba berlaku adil. Jika saya ditipu ketika niat saya hendak menolong, lebih banyak lagi kawan baik yang akan saya dapat. Itulah pengalaman saya. Walaubagaimanapun pengalaman setiap orang tu berbeza. Di internet, saya bersyukur sebab terjumpa forum Wangcyber. Semua kawan-kawan dalam ni banya membantu dalam bisnes saya.

    Tanyalah apa saja. Insya-Allah akan ada orang jawab dan membantu. Kalau sebelum ini saya sering dipromosikan dengan perniagaan baru di forum-forum lain, di Wangcyber saya banyak mendapat rahsia teknik pemasaran di internet. Saya ulangi, ‘rahsia teknik pemasaran’.

    Di dalam bisnes, pemasaranlah yang paling penting. Bukan produk yang menjadikan kita gagal. Bukan modal yang menjadikan kita tidak berjaya. Tetapi jika anda memilih produk yang mempunyai reputasi buruk, susah juga. Saya pun pernah silap. Dulu saya ingat gagal menjual kerana produk tak ada permintaan.

    Tapi saya silap. Saya tak pandai buat kajian pasaran. Saya tak pandai nak cari pasaran. Dan saya tak gunakan teknik pemasaran yang berkesan. Saya banyak belajar di Wangcyber. Kalau ada sesiapa yang berminat nak menjual di internet, inilah forum yang sesuai untuk anda jadikan rujukan.

    Ahli-ahli forum di sana banyak membantu. Kalau orang tanya,”Siapa yang saya percaya di internet?”, saya akan letakkan ahli Wangcyber dulu di list hadapan. Saya tidak menjanjikan sesiapa pun dapat duit kalau menyertai Wangcyber, tapi saya jamin anda akan mendapat ilmu perniagaan internet sebenar.

    • Share/Bookmark
  • 2 Comments
  • Filed under: Pengalaman
  • Blogger Yang Tersepit

    Entri hari ni unik sikit sebab saya telah ‘dicabar’ oleh saudara Rohaizad untuk menulis tentang tajuk ‘Blogger Yang Tersepit’. Dia bukannya mencabar saya saja, malah mencabar semua blogger-blogger di Malaysia ni. Huhuhu… Sebenarnya pening gak fikir apalah yang saya nak tulis untuk entri kali ni.

    Saya cuma nak ceritakan pasal sayalah macam tu. Saya ni jadi blogger dah lama. Sejak tahun 2004 rasanya. Bermula dengan blogging menggunakan akaun friendster. Lepas tu saya terus blogging menggunakana hosting berbayar. Disebabkan masa blogging dengan friendster dulu saya biasa blogging mengenai social life saya je, jadi sama juga yang saya buat masa gunakan hosting berbayar.

    Tapi sejak menggunakan hosting berbayar, saya didedahkan dengan dunia ‘internet marketing’ melalui newsletter. Saya join banyak MLM masa tu. Jadi ingat nak berblogging pasal produk MLM. Masalahnya MLM yang saya masuk semua produk dia lebih kurang je. Semua saya nak masukkan dalam satu blog. Tapi bila ada produk yang sama(contoh:spirulina), saya bengong kejap. “Mana satu nak promo? Yang tu ke yang ni?”.

    Tersepit jap sebab nak memilih. Oleh kerana terdapat konflik, saya buka blog baru dan delete blog lama. Kali ni saya buat blog lain-lain untuk setiap MLM. Masa tu fikir nak update hari-hari setiap blog tu. Sebab ada banyak blog dan kebetulan saya kerja makan gaji pula waktu tu, saya tetap push untuk update blog hari-hari.

    Tapi lama-lama jadi letih sebab bukannya ada orang komen kata berminat dengan MLM saya pun. Masa ni tak pandai lagi masukkan Feedjit sebab saya tak tau berapa ramai yang baca blog saya. Dalam hati kata,”Duit tak dapat-dapat, blogging hari-hari dah”. Masa ni memang rasa tersepit untuk teruskan blogging atau tak. Last sekali saya ambil keputusan untuk stop blogging. Buatlah kerja lain dulu.

    Dalam buat kerja lain tu, saja-saja masuk blog orang lain sebab nak belajar teknik blogging diorang. Dan kebanyakan blogger gunakan nama sendiri je sebagai nama domain. Tak ada spesifik niche pun. Jadi saya pun daftarlah nama domain sendiri iaitu FazliIzwan.com untuk blogging secara bebas.

    Lepas dah pasang Feedjit kat blog, baru tau ramai juga yang datang blog saya ni. Harap-harap tak tersepit lagi dah lepas ni. Sebenarnya saya kena hantar entri ni sebelum pukul 12 tengahari ni. Sekarang dah pukul 8.30 pagi. Nanti anak bangun tidur, tersepit lagi. “Nak jaga anak ke nak blogging?”. Huhuhu…

    • Share/Bookmark
  • 2 Comments
  • Filed under: Dilema
  • Pengalaman Bekerja Dengan Jepun

    Saya pernah bekerja dengan syarikat multinasional dari Jepun. Kerja kilang sebagai seorang engineer. Bukan kerja kat Jepun, kerja kat Malaysia tapi syarikat milik Jepun. Walaupun kilang Jepun, bukannya saya selalu kerja dengan orang Jepun. Tapi bila dapat kerja dengan diorang, saya selalu perhatikan cara diorang bekerja.

    Saya bukanlah memuji orang Jepun sangat dalam post kali ni. Tapi berdasarkan pengalaman saya dan juga apa yang saya dengar dari kawan saya yang juga berpengalaman berkomunikasi dengan orang Jepun, boleh dikatakan secara keseluruhannya saya kagum dengan budaya kerja orang Jepun.

    Saya pernah diberikan assignment bekerja dengan 6 orang Jepun yang terdiri daripada engineer, programmer dan designer yang didatangkan khas dari Jepun. Masa tu saya sorang je Melayu. Saya bukan nak katakan saya hebat tapi sebab dalam kilang tu, memang projek tu adalah kerja saya.

    Pakar-pakar dari Jepun ni sepatutnya adalah assistant saya sebab saya adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan projek tersebut berjaya atau tidak. Mungkin mereka tahu saya ni orang baru dalam kilang, jadi mereka berikan support yang cukup baik untuk membantu saya.

    Selain daripada tu, diorang ni tak jemu mengajar saya kalau saya ada soalan. Dia akan terangkan sebaik mungkin termasuklah melukiskan gambarajah supaya saya dapat faham sepenuhnya. Dedikasi diorang pada waktu kerja pun tak dapat dinafikan lagi. Bila kerja, fokus diorang 95% cuma pada kerja saja.

    Bukanlah bermaksud diorang ni seorang yang serius. Diorang ni sebenarnya jenis yang suka bergurau juga. Lepas waktu kerja, diorang ni memang tak fikir pasal kerja. Diorang akan enjoy sepuas-puasnya. Yang pasti, diorang akan pastikan kerja diorang siap sebelum balik kerja. Seolah-olah setiap hari diorang ada target. Target tercapai, balik. Tak sampai target, jangan balik lagi.

    Ada juga saya kenal orang Jepun yang gila-gila sikit. Tapi bukanlah diorang gila. Mungkin agak nakal. Mungkin tulah cara untuk diorang lepaskan tension agaknya. Rata-rata saya kenal orang Jepun kat tempat kerja, semuanya jenis merendah diri walaupun diorang tu seorang bos besar.

    Pengalaman bekerja dengan orang Jepun memang tak boleh lupa. Sampai sekarang saya tak pernah dapat lagi teamwork atau teammate macam diorang. Lagi satu, diorang ni sangat menepati masa. Jadi hati-hatilah semasa berjanji dengan diorang. Saya memang tak boleh lupa pertama kali saya lambat jumpa diorang. Diorang akan kata,”You are late!” sambil tunjuk jam diorang kat saya.

    Gambar kat atas ni adalah gambar salah seorang yang datang membantu projek saya. Dia seorang designer. Dan dia boleh berbahasa Melayu atau Indonesia. Walaupun percakapannya kurang lancar tapi dia faham kalau kita cakap. Jangan ingat kita boleh temberang dia.

    Macam dalam gambar tu, diorang ni suka senyum. Mungkin sebab tu ramai orang Jepun yang nampak muda-muda agaknya. Mungkin agak keterlaluan saya menilai orang Jepun tapi itulah pengalaman saya. Daripada pemerhatian saya, diorang ni tak pandai buat part time job dan sangat taat pada ketua. Itu yang menjadikan diorang mudah bekerja dalam satu pasukan.

    Kalau saya pergi Jepun, memang nak cari diorang ni semua. Sumber inspirasi dalam melakukan kerja. Nak belanja diorang makan sebab diorang pernah belanja saya makan. Tapi bila agaknya nak pergi Jepun? Huhuhuhu…

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Pengalaman
  • Kemudahan Internet Untuk Pendidikan

    Saya baru berborak dengan seorang kawan yang juga seorang cikgu melalui Yahoo Messenger(YM). Kami berkenalan hanya melalui YM saja. Saya tak pernah jumpa dia, dia pun tak pernah jumpa saya. Tapi kalau kami berborak di YM, seolah-olah macam dah kenal lama.
    Saya ada memberikan idea pada dia tentang bagaimana menggunakan teknik internet marketing dalam pendidikan. Tapi saya nampak idea saya ni lebih tertumpu pada IPT. Untuk sekolah menengah dan rendah mungkin susah sikit kecuali pihak sekolah menggalakkan penggunaan internet di sekolah.
    Dalam post sebelum ini saya ada menceritakan bagaimana pensyarah mampu menghasilkan produk sendiri dengan menghasilkan ebook. Tapi kali ni saya nak menyentuh bagaimana pensyarah boleh menggunakan autoresponder untuk follow up dengan student.

    Cara ini hanya akan terhasil sekiranya setiap pelajar mempunyai email sendiri. Saya rasa di Unimap dah aplikasikan cara ni. Setiap pelajar diberikan email portal Unimap. Jika pelajar ingin menyemak maklumat terkini daripada universiti tentang aktiviti, semua akan dimaklumkan ke dalam email pelajar.


    Kalau IPT lain pun ada gunakan cara begini, jadi lebih mudah pensyarah untuk berkomunikasi dengan pelajar. Gunakan autoresponder untuk menghantar email follow up kepada pelajar. Kalau usahawan internet di Malaysia boleh mengajar orang melalui internet sahaja, kenapa pensyarah tak boleh?
    Bukan saya bermaksud pelajar tak perlu datang kelas. Datang kelas tu wajib. Autoresponder ni boleh digunakan untuk follow up saja perkembangan pelajar. Dengan autoresponder, follow up boleh dilakukan secara automatik. Secara tidak langsung cara ini mampu mengelakkan beban pensyarah yang terpaksa mengulangi perkara yang sama kepada pelajar yang ramai.
    Zaman dulu anak murid dalam satu kelas mungkin tak sampai 30 orang. 20 orang pun belum tentu sampai gak. Sekarang dah ada teknologi terkini, pelajar pula makin ramai. Kalau masih lagi gunakan cara lama untuk mengajar, bebanan akan bertambah sekiranya tidak dibantu dengan kemudahan yang sedia ada.
    Kadang-kadang bukan tak boleh buat. Tapi sebab tak tau saja. Idea ni hanya berkesan sekiranya semua pihak ada kemudahan internet dan juga email. Maksudnya bila semua pihak bekerjasama, baru boleh jadi. Macam tema Wonderpets,”Apa yang penting? Kerjasama!!!”.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Idea
  • Ebook Untuk Pensyarah Tempatan

    Dulu masa saya belajar di USM, saya ingat lagi masa belajar di kuliah kebanyakan pensyarah saya gunakan bahasa Melayu. Bila ujian, biasanya dalam bahasa Melayu juga. Assignment pula kalau pensyarah gunakan buku rujukan bahasa Inggeris, biasanya assignment ambil dari buku rujukan saja. Ada juga pensyarah yang rajin sediakan soalan assignment dalam bahasa Melayu.

    Bila waktu exam, soalan dalam dua-dua bahasa pun ada. Terpulang sama ada nak jawab dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Biasanya jawab rojak saja. Yang penting jawapan betul. Masalah bahasa bercampur-campur ni saya nampak berpunca daripada kebanyakan sumber rujukan pelajar atau pensyarah adalah berbahasa Inggeris.

    Apa yang saya nampak, amat kurang pensyarah yang menulis buku sendiri untuk dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar. Dulu mungkin masalah nak cari penerbit, pencetak dan juga nak cari kedai yang nak jual buku tersebut. Dengan ada teknologi ebook sekarang ni, saya rasa setiap pensyarah dah boleh ada produk tulisan mereka sendiri.

    Apa yang saya nak fokuskan adalah pensyarah sepatutnya ada hala tuju mereka sendiri. Kalau nak mengajar dalam bahasa Melayu sepatutnya bahan rujukan pun sepatutnya dalam bahasa Melayu jugalah. Bila bahan rujukan pelajar adalah dalam bahasa Melayu, saya pasti assignment pun nanti dalam bahasa Melayu, ujian dalam bahasa Melayu, periksa pun dalam bahasa Melayu.

    Begitu juga pensyarah yang nak mengajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya bukanlah masalah sangat untuk mengajar dalam bahasa Inggeris sebab bahan rujukan dalam bahasa Inggeris dah berlambak. Tetapi kalau pensyarah nak jadikan pengajaran dalam bahasa Melayu, jadikan semuanya Melayu.

    Saya rasa setiap pensyarah dah ada modulnya sendiri untuk pelajar. Kalau susah nak cari penerbit, penjual dan pencetak, bolehlah convert hasil tulisan ke bentuk ebook. Ebook ini terpulang pada pensyarah tersebut sama ada nak menjual ataupun nak diberikan percuma kepada pelajar.

    Ianya sama seperti menghasilkan buku dan jual di kedai. Bila dijadikan dalam bentuk ebook, tak perlu cari penerbit, pencetak dan penjual. Semuanya boleh dilakukan oleh pensyarah tu sendiri. Caranya mudah saja kalau dah tahu. Manfaat dia banyak kalau setiap pensyarah mempunyai ebook(produk) mereka sendiri.

    Antara manfaat yang saya boleh nampak adalah:

    • jika ebook tersebut dalam bahasa Melayu, kita dah kayakan hasil tulisan dalam bahasa Melayu
    • pensyarah akan ada produk sendiri yang boleh dijadikan pendapatan tambahan
    • sumber rujukan dalam bahasa Melayu bertambah, pada masa yang sama kita memartabatkan bahasa Melayu tu sendiri
    • bahasa piawaian untuk pengajaran boleh ditetapkan ke bahasa Melayu sekiranya kita tak bergantung kepada buku bahasa Inggeris lagi
    • pelajar atau pensyarah takkan gunakan bahasa rojak lagi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Tujuan saya tulis artikel ini bukan untuk ajar pensyarah buat duit tapi bagaimana pensyarah dapat menggunakan bahasa Kebangsaan untuk mengajar. Perkara macam ni bukan boleh ubah terus. Ianya memerlukan proses. Perancangan yang baik mampu menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa akademik.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Ikea Dan Cozy House

    Seminar isteri saya cuma setengah hari saja hari ni. Jadi lepas habis seminar tu kami ke Ikea sebab isteri saya kata ada barang yang nak dibeli di Ikea. Macam biasalah, saya adalah pemandu yang menjadi harapan isteri untuk berjalan di KL. Saya suka merancang kalau nak berjalan kat KL ni.

    Kena pilih time jalan tak sibuk. Jadi waktu tengahari bagi saya adalah waktu yang OK untuk ke Ikea. Yang penting jangan pilih waktu orang balik kerja ataupun waktu orang pergi kerja. Sampai di Ikea dalam pukul 2.00 petang. Sampai di sana kami pergi makan dulu. Perut dah lapar sangat sebab tak makan tengahari lagi.

    Satu perkara yang saya suka semasa di Ikea, bila lihat keunikan barang-barang Ikea ni. Bukanlah unik sangat tapi design barang-barang dia adalah sesuai dengan rumah moden. Kadang-kadang ada juga terfikir nak ‘hired’ interior designer Ikea ni untuk buat interior design rumah saya.

    Sampai troli makanan pun boleh menarik perhatian saya. Bukanlah ‘jakun’ sangat tapi ‘they are creative’. Tengoklah kalau ada rezeki beli rumah baru lagi lepas ni, mungkin saya akan panggil interior design gunakan barang-barang dari Ikea. Sayangnya Ikea tak ada kat Changlun. Kalau ada, dah lama dah rumah saya tu jadi rumah Ikea.

    Kami balik sebelum pukul 4.00 petang. Memang dalam jangkaan kami sebab saya nak elakkan ‘jem’ orang balik kerja. Jalan balik tak ada masalah. Jalan clear tanpa sebarang ‘jem’. Sampai di rumah mak saya, kami berehat kejap sementara menunggu makan malam di tempat feveret family kami iaitu Cozy House.

    Saya tinggal di Changlun. Kalau balik KL, tempat makan kami adalah di Cozy House. Adik saya sorang mengaji bidang perubatan di Bandung, Indonesia. Bila balik KL, mesti makan kat Cozy House. Adik bongsu saya mengaji di Kuala Pilah sekarang. Bila dia balik je mesti makan dekat Cozy House.

    Yang beruntungnya adik perempuan saya yang tinggal kat Damansara. Setiap kali ada antara adik beradik kami yang balik KL, dialah orang yang tak pernah miss lagi makan di Cozy House sebab dia boleh datang anytime. Apa yang special tentang Cozy House ni? Kalau datang ke Great Eastern Mall Jalan Ampang, cuba tengok kedai makan yang ramai orang, itulah Cozy House.

    Cubalah datang sekali dan makan kat Cozy House. Bagi saya makanan dia sedap. Oleh kerana kedai tu sentiasa ramai orang, jadi saya rasa secara umumnya orang memang suka dengan makanan yang disediakan oleh Cozy House. Dalam dinner kali ni, adik bongsu saya saja yang tak ada. Jadi kami dah tangkap gambar untuk men’jeles’kan dia.

    Kedai ni kedai feveret adik bongsu saya. Sebelum dia masuk UiTM Kuala Pilah, bila mak ajak makan kat luar mesti dia akan cadangkan Cozy House. Tujuan gambar tu bukan apa. Saja nak mengusik.

    • Share/Bookmark

    Bercuti Di PJ Hilton

    Sekarang ni saya berada di KL. Semalam sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sampai lewat sebab semalam tunggu wife habis kerja. Dia balik kerja lepas Zohor. Kami sempat juga bergerak dari Changlun sebelum Asar. Sampai dekat Gurun, saya terpaksa minta tolong wife sambung drive sebab saya rasa mengantuk sangat.

    Malam sebelum balik tu saya kena siapkan kerja yang diberikan oleh customer dan juga menyiapkan beberapa quotation untuk dihantar kepada customer di UniMaP. Pagi tu pula saya kena sidai banyak baju sebab kalau boleh nak baju-baju tu semua kering sebelum kitorang balik ke KL. Lepas sidai baju kena kemas rumah dulu. Takkan nak tinggalkan rumah tunggang langgang kan?

    Masa on the way nak balik ke KL, saya berhenti di rumah mertua saya di Ipoh. Memang kami selalu berhenti Ipoh sebelum balik KL. Nak solat, makan, tidur atau rehat pun mudah. Kebetulan mertua saya baru balik dari dusun, banyak buah durian yang kitorang makan masa singgah Ipoh.

    Hasilnya saya mengantuk sangat lepas makan sebab makan terlalu banyak. Masa tu dah pukul 8.30 malam dah. Pak mertua saya suruh saya tidur dulu sebab nampak saya mengantuk. Ingat nak tidur setengah jam. Tapi saya terlajak tidur sampai sejam. Cepat-cepat saya kemas barang untuk balik KL.

    Yang bagusnya walaupun balik lambat tapi saya rasa segar masa drive malam tu. Kalau saya drive dalam keadaan mengantuk, risau juga sebab bawa anak bini sekali. Syukur sampai juga pukul 1.00 pagi. Kesian kat mak dan abah saya sebab diorang dah tidur masa saya sampai.

    Sebab kami ke KL sebab isteri saya ada seminar di PJ Hilton. Saya pun followlah sekali ke hotel tersebut. Berbekalkan apa yang diberitahu oleh abah saya, sampai juga ke PJ Hilton. Tak susah sebenarnya. Tepi Federal Highway je. Nasib baik isteri saya ada booking bilik di hotel tersebut, jadi saya tunggu di bilik tersebut dengan Faiq sementara tunggu isteri saya habis seminar.

    Dah lama tak rasa bercuti. Kadang-kadang dapat duduk hotel pun ada rasa lega sikit sebab room service ada. Jadi saya tak payah kemas apa-apa. kalau kat rumah, kebanyakan kerja kemas rumah saya yang buat. Nama pun bekerja dari rumah. Jadi ‘kerja rumah’ tetap kena buatlah.

    Dari luaran PJ Hilton nampak seperti bangunan lama. Mungkin hotel ni dah lama bertapak kat Malaysia agaknya. Tapi di dalamnya bagi saya memang nampak berbeza. Nampak cantik dan smart. Lif dia pun laju. Wife saya kata,”Dari luar tak nampak macam 5 bintang tapi kalau tengok dalam memang bertaraf 5 bintang”.

    Hajat bawa Faiq sekali ke hotel sebab nak ajak dia mandi swimming pool. Tapi swimming pool di PJ Hilton tak ada yang sesuai untuk kanak-kanak. Sebab ketinggian air semua sama iaitu 5 kaki. Jadi saya pun tak adalah terasa nak bawa Faiq mandi sebab pelampung pun tak ada. Kalau nak mandi juga, saya kena pegang Faiq sentiasa.

    Apa yang saya buat dengan Faiq kat situ hanya berjalan-jalan di sekitar swimming pool dan biarkan Faiq main batu-batu yang ada kat situ. Seronok juga di PJ Hilton walaupun bukanlah percutian sebenar tapi sekurang-kurangnya dapat relaxkan minda yang sebelum ni sibuk kerja saja. Bekerja dari rumah bukanlah kerja goyang kaki.

    Hujung minggu ni pergi Bukit Merah pula. Sebab skool wife saya ada buat family day untuk staf. Jadi minggu ni saya agak sibuk berjalan saja. Beberapa kerja dari customer terpaksa saya hold dulu sampai saya balik rumah. Isteri saya ada bawa stok cloth diaper balik KL. Kalau ada sesiapa yang nak order dari KL, kami boleh hantar ke rumah terus.

    • Share/Bookmark

    Waktu Berbuka Puasa

    Kangar, Padang Besar, Arau, PERLIS
    Ahad ( 05-09-2010 )
    Imsak :5:44
    Subuh :5:54
    Maghrib :19:25

    Sebelum Anda Meninggalkan Blog Ini, Sila Isikan Email Anda Supaya Saya Dapat Menghantar Post Terkini Terus Ke Email Anda.

    Delivered by Fazli Izwan dot Com

    Arkib

    Kategori

    Pemberi Komen

    • Fazli Izwan
    • Hadi Rofiee
    • Shahrul

    Jumlah Pelawat Terkini