Post pertama saya untuk blog FazliBuatApa.com. Saya buat blog ni saja-saja. Sekadar seronok-seronok blogging. Saya tak tahu ini blog yang ke berapa saya buat. Dah banyak dah sebelum ni. Yang terbaru sebelum ni ialah dari blog Fazbiz.com. Blog Fazbiz.com adalah untuk perniagaan saya nanti. Saya nak simpan nama domain fazbiz tu dulu.

Walaupun dah banyak kali buat blog tapi masih lagi saya perlu rujuk pada e-book SmartZul. Walaupun boleh buat sendiri tanpa e-book tersebut, saya perlu rujuk juga kerana dalam ebook tersebut diterangkan step by step cara bina blog. Jadi saya tak tertinggal perkara penting dalam membina blog terutama dari segi security.

Cuma yang tak ada dalam e-book tersebut macam mana nak buat chatting box, macam mana nak buat twitter box, macam mana nak bina MyBlogLog. Semua tu tak diajar dalam ebook SmartZul. Saya saja pandai-pandai tambah. Macam mana nak guna twitter dengan berkesan pun saya tak pasti.

Lepas ni mungkin kena beli Pakej Kuasa Twitter. Baru senang sikit nak buat. Ada panduan senang. Menjimatkan masa. Panduan mengenai MyBlogLog saya tak jumpa lagi. Mungkin lepas ni ada usahawan internet yang akan keluarkan panduan MyBlogLog. Nak try and error ni makan masa.

Kenapa saya masukkan Twitter dan MyBlogLog? Sebab saya dapati ramai orang menggunakan 2 tools ni untuk menjana trafik ke blog. Nanti bila saya dah explore saya boleh cerita sikit. Kita jumpa lagi.

  • Share/Bookmark

No related posts.