Malam tadi saya dapat seorang pembeli yang ingin membeli panduan untuk membina grafik. Beliau nak membina grafik untuk menghasilkan header di forum yang beliau akan buat. Beliau tanya dulu sama ada panduan yang diberikan boleh membantu beliau membina header forum atau tidak.

Saya chatting dengan beliau agak lama juga. Saya terangkan sikit-sikit beza design minisite, blog, e-commerce dan juga forum. Jika saya tak mula design minisite, saya mungkin takkan tahu cara nak design blog, forum dan yang lain. Saya pernah beli beberapa panduan penggunaan photoshop. Tapi kalau kita tak ada matlamat kenapa kita belajar, susah juga nak faham.

Sebelum saya terlibat dalam design-design ni, saya belajar dari panduan video grafik minisite dari saudara Bearnerd. Video tersebut dalam bahasa melayu. Saya mudah faham sebab dapat praktikkan langkah-langkah yang diterangkan dalam video tersebut.

Kalau tengok design minisite Panduan Trafficwave, memang minisite tersebut di design berdasarkan langkah yang diterangkan daripada video saudara Bearnerd. Cuma bezanya minisite dengan blog atau yang lain-lain, anda perlu memahami kod di dalam fail jenis CSS.

Nak terangkan semuanya kat sini panjang sangat. Cuma saya cakap dekat pembeli tadi tu, saya suruh dia buat dulu header tu. Nak masukkan dalam forum nanti bagitau saya, saya akan ajar. Tapi kenalah jadi headernya dulu. Kalau tak jadi design, macam mana nak masukkan?

Dah ada ilmu kena amalkan. Kalau tak ilmu tu akan jadi sia-sia. Berfikir tanpa bertindak pun sesuatu yang merugikan. Jadikan kedua-dua perkara ni seiring. Bagi saya, saya lebih sukakan tindakan sebab lepas bertindak, kita akan dapat pengalaman. Pengalaman itu ilmu terbaik kita berbanding baca buku saja.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Mula Dengan Membina Blog