Seminar isteri saya cuma setengah hari saja hari ni. Jadi lepas habis seminar tu kami ke Ikea sebab isteri saya kata ada barang yang nak dibeli di Ikea. Macam biasalah, saya adalah pemandu yang menjadi harapan isteri untuk berjalan di KL. Saya suka merancang kalau nak berjalan kat KL ni.

Kena pilih time jalan tak sibuk. Jadi waktu tengahari bagi saya adalah waktu yang OK untuk ke Ikea. Yang penting jangan pilih waktu orang balik kerja ataupun waktu orang pergi kerja. Sampai di Ikea dalam pukul 2.00 petang. Sampai di sana kami pergi makan dulu. Perut dah lapar sangat sebab tak makan tengahari lagi.

Satu perkara yang saya suka semasa di Ikea, bila lihat keunikan barang-barang Ikea ni. Bukanlah unik sangat tapi design barang-barang dia adalah sesuai dengan rumah moden. Kadang-kadang ada juga terfikir nak ‘hired’ interior designer Ikea ni untuk buat interior design rumah saya.

Sampai troli makanan pun boleh menarik perhatian saya. Bukanlah ‘jakun’ sangat tapi ‘they are creative’. Tengoklah kalau ada rezeki beli rumah baru lagi lepas ni, mungkin saya akan panggil interior design gunakan barang-barang dari Ikea. Sayangnya Ikea tak ada kat Changlun. Kalau ada, dah lama dah rumah saya tu jadi rumah Ikea.

Kami balik sebelum pukul 4.00 petang. Memang dalam jangkaan kami sebab saya nak elakkan ‘jem’ orang balik kerja. Jalan balik tak ada masalah. Jalan clear tanpa sebarang ‘jem’. Sampai di rumah mak saya, kami berehat kejap sementara menunggu makan malam di tempat feveret family kami iaitu Cozy House.

Saya tinggal di Changlun. Kalau balik KL, tempat makan kami adalah di Cozy House. Adik saya sorang mengaji bidang perubatan di Bandung, Indonesia. Bila balik KL, mesti makan kat Cozy House. Adik bongsu saya mengaji di Kuala Pilah sekarang. Bila dia balik je mesti makan dekat Cozy House.

Yang beruntungnya adik perempuan saya yang tinggal kat Damansara. Setiap kali ada antara adik beradik kami yang balik KL, dialah orang yang tak pernah miss lagi makan di Cozy House sebab dia boleh datang anytime. Apa yang special tentang Cozy House ni? Kalau datang ke Great Eastern Mall Jalan Ampang, cuba tengok kedai makan yang ramai orang, itulah Cozy House.

Cubalah datang sekali dan makan kat Cozy House. Bagi saya makanan dia sedap. Oleh kerana kedai tu sentiasa ramai orang, jadi saya rasa secara umumnya orang memang suka dengan makanan yang disediakan oleh Cozy House. Dalam dinner kali ni, adik bongsu saya saja yang tak ada. Jadi kami dah tangkap gambar untuk men’jeles’kan dia.

Kedai ni kedai feveret adik bongsu saya. Sebelum dia masuk UiTM Kuala Pilah, bila mak ajak makan kat luar mesti dia akan cadangkan Cozy House. Tujuan gambar tu bukan apa. Saja nak mengusik.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Hari Jadi Faiq Yang Pertama
  2. Walaupun Kerja Dari Rumah Tapi…