Fazli Izwan dot Com

Rejection Adalah Perkara Biasa
Bagi anda yang tak biasa berniaga, mungkin ayat begini selalu bermain di fikiran anda,”Kalau saya berniaga, ada ke orang nak beli barang aku?”. Saya pun begitu dulu masa tak ada minat nak berniaga. Tapi bila dah terlalu minat berniaga, hati tu macam kering. Pedulilah. Saya cuma buat kerja. Orang nak beli ke tak nak terpulang. Saya dah berusaha sebaik mungkin.

Sebenarnya cerita ni ada kaitan dengan situasi saya baru-baru ni. Saya diminta oleh seorang pelanggan untuk design sampul duit raya. Dia minta beberapa design supaya dia boleh pilih yang mana satu dia nak. Saya pun kebetulan ada masa free, jadi saya pun buatlah. Bila dah buat, pelanggan saya ni seperti tak berminat untuk beli.

Jika anda di pihak saya, adakah anda akan marah dengan pelanggan tersebut? Mungkin ada yang marah, mungkin ada yang tak marah. Tapi kenapa saya nak marah? Sebab dia tak nak beli? Saya tak marah pun sebenarnya. Kenapa?

Saya banyak belajar tentang perniagaan daripada orang-orang dah berjaya dalam perniagaan mereka walaupun orang tersebut adalah mat salleh. Antara ayat yang selalu saya ingat daripada usahawan-usahawan berjaya adalah “The more you give, the more you get”. Kata-kata ini telah diaplikasi oleh orang yang sangat rapat dengan saya iaitu mak saya.

Mak saya berniaga kuih-kuih tradisional melayu. Dan perniagaan mak saya sangat berjaya walaupun beliau kerja seorang diri. Tempahan tak berhenti. Kalau balik kampung, kesian saya tengok mak saya tak berhenti buat kuih je.  Apa yang menjadikan perniagaan beliau sangat berjaya?

Yang pertama sebab minat. Mak saya memang minat buat kuih. Dia rasa happy bila buat kuih. Bila kuih dah siap dia cuma bagi je kat sesiapa yang dia kenal atau nampak. Kalau tak ada order pun kadang-kadang dia akan buat kuih juga untuk diberi kepada sedara mara atau kawan-kawan. Dia memang minat. Tangan tu mungkin macam tak nak berhenti buat kuih.

Yang kedua seperti yang saya terangkan di atas iaitu suka memberi. Memberi ni boleh jadi satu pengiklanan yang berkesan. Kalau kuih tu sedap, mesti orang tanya,”Beli kat mana?”. Walaupun kadang-kadang dia dah tau mak saya yang buat, dia tetap tanya untuk konfemkan. Sebab mungkin lepas ni dia nak beli pula.

Pada pengalaman saya, jangan terlalu berkira dalam perniagaan. Kalau rasa boleh bagi, bagi je. Kalau rasa tak boleh bagi, tak payahlah bagi. Saya sebab ada masa free, sebab tu saya buatkan design tu. Kalau tak free mungkin saya tak buat. Dia nak beli ke tak, itu perkara kedua. Yang saya pasti kalau saya tak buat design, pelanggan saya takkan beli langsung.

Rejection adalah perkara biasa dalam perniagaan. Perumpamaan yang biasa digunakan oleh usahawan tempatan ialah “Hati mesti kering”. Kalau tak buat promosi, orang takkan beli produk kita. Kalau buat promosi ada dua kemungkinan iaitu beli atau tak beli. Kalau tak beli, jangan kecil hati. Kaji lagi apa kelemahan dalam promosi anda.

Selamat berjaya!

Bolehkah Perniagaan Dilakukan Di Rumah?
Assalamualaikum….

Kiranya ini adalah post yang pertama untuk blog ini. Dalam blog ini saya ingin menceritakan kisah perniagaan saya dan mungkin juga perniagaan orang lain yang mana boleh dijadikan panduan serta inspirasi kepada pembaca.

Nama penuh saya adalah Mohd Fazli Izwan Bin Abd Jalil. Nama panggilan yang biasa adalah Fazli. Saya mula berjinak dengan dunia perniagaan pada tahun 2008. Sampai sekarang saya masih melakukannya dari rumah. Memang teringin nak membuka kedai di luar tapi mungkin belum sampai masanya lagi.

Semangat untuk melakukan perniagaan dari rumah bermula selepas kelahiran anak pertama saya. Kerana sebelum itu saya dan isteri tinggal berjauhan kerana bekerja makan gaji. Sejak dari awal perkahwinan lagi saya dah mula mengkaji tentang ‘Perniagaan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah’.

Sebenarnya pelbagai jenis perniagaan yang boleh dilakukan di rumah tetapi bukan semua. Jadi saya pilih bidang yang boleh dilakukan dari rumah. Bidang yang saya pilih untuk melakukan perniagaan dari rumah adalah bidang yang berkaitan dengan komputer saja seperti perkhidmatan design laman web, printing dan juga video editing.

Jadi bila saya boleh berniaga dari rumah pada masa yang sama saya dah isteri bolehlah tinggal bersama. Tak perlu ulang-alik dari tempat kerja yang jauh setiap minggu lagi. Sampai waktu sekarang saya dah dikurniakan 2 orang anak. Alhamdulillah. Kedua-duanya dibesarkan dengan tangan saya sendiri sejak dari kecil sampai sekarang.

Antara tujuan saya membangunkan blog ini adalah untuk memberi inspirasi dan sedikit panduan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang berminat untuk melakukan perniagaan dari rumah di samping dapat bersama keluarga. Kalau setiap orang dalam satu keluarga boleh bekerja dari rumah, tak perlu risau nak minta cuti dari majikan untuk hal-hal kecemasan kerana kita tahu ada pasangan kita yang boleh menguruskan hal tersebut sementara menunggu suami atau isteri pulang dari tempat kerja.

Kalau kita rasa hari ini kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarga, apa kata kita ubah persepsi kita. Kali ni kita ubah kepada ‘Seorang bekerja, seorang lagi berniaga’. Insya-Allah kita boleh buat.