Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
3 Aug
Saya bersyukur kerana saya diberikan rakan-rakan yang baik dalam hidup. Yang baik tu maksudnya di antara kami selalu ada tolong menolong jika ada sesuatu perkara yang kami nak lakukan bersama. Mungkin ada sesetengah antara kita biasa ditipu kawan-kawan.
Saya pun biasa juga ditipu. Dengan duit, barang, kepercayaan dan macam-macam lagi.
Tapi adakah disebabkan kita kena tipu oleh seorang kawan, kita tak percaya pada kawan yang lain? Saya tak meletakkan semua kawan tu sama. Setiap kawan saya ada pengalaman yang berbeza. Bukan bermaksud saya tak adil. Sebab adil yang sebenar bermaksud meletakkan sesuatu hak di tempatnya.
Saya cuba berlaku adil. Jika saya ditipu ketika niat saya hendak menolong, lebih banyak lagi kawan baik yang akan saya dapat. Itulah pengalaman saya. Walaubagaimanapun pengalaman setiap orang tu berbeza. Di internet, saya bersyukur sebab terjumpa forum Wangcyber. Semua kawan-kawan dalam ni banya membantu dalam bisnes saya.

Tanyalah apa saja. Insya-Allah akan ada orang jawab dan membantu. Kalau sebelum ini saya sering dipromosikan dengan perniagaan baru di forum-forum lain, di Wangcyber saya banyak mendapat rahsia teknik pemasaran di internet. Saya ulangi, ‘rahsia teknik pemasaran’.
Di dalam bisnes, pemasaranlah yang paling penting. Bukan produk yang menjadikan kita gagal. Bukan modal yang menjadikan kita tidak berjaya. Tetapi jika anda memilih produk yang mempunyai reputasi buruk, susah juga. Saya pun pernah silap. Dulu saya ingat gagal menjual kerana produk tak ada permintaan.
Tapi saya silap. Saya tak pandai buat kajian pasaran. Saya tak pandai nak cari pasaran. Dan saya tak gunakan teknik pemasaran yang berkesan. Saya banyak belajar di Wangcyber. Kalau ada sesiapa yang berminat nak menjual di internet, inilah forum yang sesuai untuk anda jadikan rujukan.
Ahli-ahli forum di sana banyak membantu. Kalau orang tanya,”Siapa yang saya percaya di internet?”, saya akan letakkan ahli Wangcyber dulu di list hadapan. Saya tidak menjanjikan sesiapa pun dapat duit kalau menyertai Wangcyber, tapi saya jamin anda akan mendapat ilmu perniagaan internet sebenar.
1 Aug
Saya pernah bekerja dengan syarikat multinasional dari Jepun. Kerja kilang sebagai seorang engineer. Bukan kerja kat Jepun, kerja kat Malaysia tapi syarikat milik Jepun. Walaupun kilang Jepun, bukannya saya selalu kerja dengan orang Jepun. Tapi bila dapat kerja dengan diorang, saya selalu perhatikan cara diorang bekerja.
Saya bukanlah memuji orang Jepun sangat dalam post kali ni. Tapi berdasarkan pengalaman saya dan juga apa yang saya dengar dari kawan saya yang juga berpengalaman berkomunikasi dengan orang Jepun, boleh dikatakan secara keseluruhannya saya kagum dengan budaya kerja orang Jepun.
Saya pernah diberikan assignment bekerja dengan 6 orang Jepun yang terdiri daripada engineer, programmer dan designer yang didatangkan khas dari Jepun. Masa tu saya sorang je Melayu. Saya bukan nak katakan saya hebat tapi sebab dalam kilang tu, memang projek tu adalah kerja saya.
Pakar-pakar dari Jepun ni sepatutnya adalah assistant saya sebab saya adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan projek tersebut berjaya atau tidak. Mungkin mereka tahu saya ni orang baru dalam kilang, jadi mereka berikan support yang cukup baik untuk membantu saya.
Selain daripada tu, diorang ni tak jemu mengajar saya kalau saya ada soalan. Dia akan terangkan sebaik mungkin termasuklah melukiskan gambarajah supaya saya dapat faham sepenuhnya. Dedikasi diorang pada waktu kerja pun tak dapat dinafikan lagi. Bila kerja, fokus diorang 95% cuma pada kerja saja.
Bukanlah bermaksud diorang ni seorang yang serius. Diorang ni sebenarnya jenis yang suka bergurau juga. Lepas waktu kerja, diorang ni memang tak fikir pasal kerja. Diorang akan enjoy sepuas-puasnya. Yang pasti, diorang akan pastikan kerja diorang siap sebelum balik kerja. Seolah-olah setiap hari diorang ada target. Target tercapai, balik. Tak sampai target, jangan balik lagi.
Ada juga saya kenal orang Jepun yang gila-gila sikit. Tapi bukanlah diorang gila. Mungkin agak nakal. Mungkin tulah cara untuk diorang lepaskan tension agaknya. Rata-rata saya kenal orang Jepun kat tempat kerja, semuanya jenis merendah diri walaupun diorang tu seorang bos besar.
Pengalaman bekerja dengan orang Jepun memang tak boleh lupa. Sampai sekarang saya tak pernah dapat lagi teamwork atau teammate macam diorang. Lagi satu, diorang ni sangat menepati masa. Jadi hati-hatilah semasa berjanji dengan diorang. Saya memang tak boleh lupa pertama kali saya lambat jumpa diorang. Diorang akan kata,”You are late!” sambil tunjuk jam diorang kat saya.
Gambar kat atas ni adalah gambar salah seorang yang datang membantu projek saya. Dia seorang designer. Dan dia boleh berbahasa Melayu atau Indonesia. Walaupun percakapannya kurang lancar tapi dia faham kalau kita cakap. Jangan ingat kita boleh temberang dia.
Macam dalam gambar tu, diorang ni suka senyum. Mungkin sebab tu ramai orang Jepun yang nampak muda-muda agaknya. Mungkin agak keterlaluan saya menilai orang Jepun tapi itulah pengalaman saya. Daripada pemerhatian saya, diorang ni tak pandai buat part time job dan sangat taat pada ketua. Itu yang menjadikan diorang mudah bekerja dalam satu pasukan.
Kalau saya pergi Jepun, memang nak cari diorang ni semua. Sumber inspirasi dalam melakukan kerja. Nak belanja diorang makan sebab diorang pernah belanja saya makan. Tapi bila agaknya nak pergi Jepun? Huhuhuhu…
22 Jul
Saya bekerja sebagai seorang engineer sebelum ni. Daripada Johor Bahru saya berpindah ke Penang dan bekerja sebagai Research Officer. Dari Penang saya berpindah ke Perlis bekerja sebagai seorang Mr. Mama(aka bekerja dari rumah). Lepas tu saya berpindah ke Changlun, Kedah sebab beli rumah baru.
Sebenarnya bukan mudah nak buat keputusan untuk berpindah ke sana dan ke sini terutama bila melibatkan pendapatan. Di Johor Bahru, saya agak mewah sebab selalu dapat pergi outstation(dapat elaun lebih). Masa tu bujang takpelah. Banyak juga minda saya belajar tentang kehidupan bila banyak pergi outstation ni.
Daripada seorang engineer yang bergaji tetap, saya pindah kerja ke Penang dengan jawatan kontrak dan gaji yang lebih rendah. Sebab apa? Sebab nak kahwin. Hehehe… Masa tu wife saya kerja kat Perlis(sekarang pun sama). Jadi takkan saya nak duduk JB, lepas kahwin baru nak fikir? Kenapa Penang? Saya tak jumpa pekerjaan yang sesuai dekat area Kedah – Perlis.
Daripada Penang, saya pindah ke Perlis sebab masa tu dah ada baby. Kalau saya terus kerja di Penang, maksudnya saya mungkin cuma boleh balik rumah jumpa wife and baby pada hujung minggu saja. Perlis dan Penang jauh. Makan masa 2 jam dengan kereta kancil saya. Bukan saja makan masa, malah makan minyak dan makan duit tol. Yang tak makan adalah saya. Hehehe…
Pindah ke Perlis tanpa apa-apa jaminan pendapatan pun masa tu. Rintangan memang banyak masa nak berhenti kerja. Dapat sedikit tentangan daripada mertua dan juga parent saya sendiri. Tapi saya terpaksa teruskan juga azam saya. Bukan saya mengenepikan mereka tapi saya yakin dengan jalan berniaga.
Dan sekarang saya sudah berpindah ke Changlun, Kedah. Saya rasa lepas ni dah tak pindah kot. Kecuali dapat beli rumah baru. Hehehe… Dapat gak ada rumah sendiri untuk saya dan keluarga. Jemputlah datang rumah kepada siapa-siapa yang duk dekat area ni yer.
Komen Terkini