Fazli Izwan dot Com

Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging

Archive for the ‘Pendapat’ Category

Perniagaan Yang Halal

Zaman sekarang ni ramai yang masih lagi ragu-ragu dengan perniagaan yang mereka jalankan ataupun perniagaan yang bakal mereka sertai itu halal atau tidak. Perniagaan tidak sama seperti makanan yang perlu ada logo halal untuk menentukannya sama ada halal ataupun tidak.

Photobucket

Ada juga yang mengeluarkan pernyataan bahawa perniagaan mereka adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Oleh kerana perniagaan mereka telah didaftarkan maka mereka mengatakan perniagaan mereka halal. Ini juga salah sebab seperti yang kita tahu syarikat yang menjalankan perjudian juga mempunyai lesen. Jadi adakah ianya halal?

Masa mula-mula saya cuba berniaga, saya pun agak keliru tentang menentukan halal haram sesuatu perniagaan. Tetapi setelah lama dalam dunia perniagaan, saya cuba tetapkan pendirian perniagaan yang mana satu harus diceburi. Daripada apa yang saya belajar, sebenarnya banyak transaksi yang kita lakukan pada hari ni tidak sah dari hukum syarak.

Pening juga bila banyak benda tak boleh buat. Ramai juga ustaz-ustaz yang menyertai pelbagai perniagaan di luar sana mengatakan perniagaan mereka halal. Jadi mana satu yang betul? Apa yang saya nampak sekarang, saya tak boleh merujuk kepada orang yang ada kepentingan dalam sesebuah perniagaan.

Kerana orang-orang ini juga manusia, bernafsu. Bila ada kepentingan, saya takut mereka tidak dapat memberikan keputusan yang tepat kerana mereka bukanlah bebas dan berkecuali. Jadi saya banyak merujuk kepada sejarah bagaimana Nabi berniaga dan cuba selarikan konsep tersebut dengan keadaan sekarang.

Bukannya mudah sebenarnya. Tapi kena buat juga. Sambil-sambil tu ada juga mengaji sikit-sikit tentang perniagaan mengikut syarak. Kekayaan tidak bermakna perniagaan kita itu berada dilandasan yang betul. Hari ni strategi perniagaan banyak dipengaruhi oleh sistem yang dibuat oleh orang bukan Islam.

Jadi kita kena berhati-hati dalam memilih strategi perniagaan. Sekiranya ada sesuatu perniagaan yang diragui, kaji dulu apa yang menjadikan sesuatu perniagaan itu meragukan. Kalau tak jumpa jawapan, lebih baik tinggalkan saja. Sila isi ruangan komen untuk sebarang perbincangan.

  • Share/Bookmark
  • 4 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Siapa Itu Kassim Selamat?

    Kalau siapa biasa tengok cerita ‘Ibu Mertuaku’ lakonan P. Ramlee mesti biasa dengan tajuk yang saya tulis di atas. Kalau siapa yang nak kahwin pun kena sedia juga nak jawab dengan bakal mertua kalau diorang tanya,”Kamu kerja apa?”. Macam saya dulu nasib baik saya kerja sebagai seorang engineer. Jadi tak susahlah nak jawab.

    Kalau sekarang ni diorang tanya susah sikit saya nak terangkan. Takkan nak beritahu “Saya buat duit kat internet”. Sebenarnya jawapan tersebut agak kurang memuaskan sebab pertanyaan dari bakal mertua tu mempunyai maksud tertentu biasanya. Daripada pekerjaan yang kita lakukan, mereka boleh agak orang bagaimanakah diri kita ni.

    Tapi bila saya dah menguasai sedikit kemahiran sebagai web designer, saya boleh jawab sekarang ni saya buka bisnes sendiri dengan memberikan servis web design. Jawapan macam tu lebih baik rasanya. Tapi apakah ada maksud lain daripada soalan tersebut selain daripada nak tahu tentang kerja kita? Saya cuba spesifikkan sikit.

    1) Soalan tu mungkin nak agak berapa pendapatan kita setiap bulan. Takkan mertua kita nak tanya berapa gaji kita kan?

    2) Soalan tu mungkin nak tahu adakah kerja kita itu halal ataupun haram. Takkan dia nak biarkan anak dia makan dari hasil yang haram kan?

    3) Soalan tu mungkin nak tahu apakah kerja kita itu memberikan sumbangan kepada masyarakat. Kalau dapat menantu kerja doktor kan best…

    4) Soalan tu mungkin nak tahu adakah dengan pekerjaan kita itu, mampukah kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami? Susah juga kalau suami yang selalu outstation ataupun selalu belayar sampai berbulan-bulan.

    Saya cuma dapat fikirkan 4 soalan ni saja setakat ni. Idea tak ada. Saya rasa banyak lagi yang boleh kita tambah. Tapi dari keempat-empat soalan tersebut. Cuma satu soalan saja berkenaan dengan duit. Yang lainnya berkenaan dengan halal haram, sumbangan terhadap masyarakat dan juga tanggungjawab.

    Jadi buat duit dalam hidup bukanlah perkara yang penting sangat. Hanya salah satu keperluan dalam kehidupan saja. Maksud saya biarlah bersederhana. Jangan sampai lupakan halal haram, sumbangan pada masyarakat dan juga tanggungjawab kita.

    Video kemerdekaan dari PETRONAS ni boleh bagi semangat sikit… Yang penting niat kita tu…

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Entri sebelum ni saya telah menulis sedikit tentang gejala pembuangan bayi disebabkan kelalaian nikmat dunia. Kali ni saya tertarik pula untuk menulis tentang “Wajarkah pendidikan seks ni diajar disekolah?”. Pandangan peribadi saya mengatakan saya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut.

    Saya tiada sebab yang kukuh untuk menolaknya tapi saya kurang minat dengan idea tersebut. Jadi saya nak ceritakan dekat sini untuk kita fikirkan bersama.

    Sebab utama saya tidak sukakan pendidikan seks di sekolah kerana sepatutnya kita sebagai umat Islam telah dilarang sama sekali dari mendekati zina. Jadi kenapa kita tidak berbalik kepada menyelesaikan punca masalah ni iaitu berikan pengisian betapa pentingnya menjauhi zina. Kalau zina dapat dijauhi, pembuangan bayi takkan berlaku.

    Mungkin saya kurang jelas dengan definisi pendidikan seks. Tapi apakah silibus yang terkandung di dalam pendidikan seks tersebut(kalau ada)? Saya terjumpa satu iklan dalam suratkhabar semalam. Iklan tu adalah iklan dari pembekal kondom yang saya rasa popular di negara kita iaitu Durex.

    Iklan Durex

    Saya baca berkali-kali iklan tersebut untuk memahami maksudnya. Kalau ikut tafsiran saya seolah-olah iklan durex ini cuba memberitahu gunakan produk mereka supaya kehamilan dan juga jangkitan seks tidak berlaku. Seperti yang kita tahu fungsi utama kondom ini bagi menghalang ‘benih’ lelaki masuk ke dalam tubuh wanita.

    Untuk pasangan yang dah berkahwin, pastinya mereka tak perlukan ‘benda’ ni sekiranya mereka mahukan anak. Sekiranya ada penyakit pun, mereka boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Jadi untuk siapa kondom ini dijual? Adakah untuk pasangan yang dah berkahwin ataupun untuk pasangan yang tak berkahwin tapi nak mengadakan hubungan seks?

    Lebih-lebih lagi ‘benda’ ni mudah je didapati di farmasi dan juga kedai 24 jam seperti 7-Eleven. Sekarang ni tak tau 7-Eleven ada jual lagi ke tak tapi masa saya kerja dengan 7-Eleven dulu memang ada jual. Berbalik kepada pendidikan seks yang nak diadakan di sekolah tadi, apakah tujuannya?

    1) Adakah tujuannya nak mengajar pelajar untuk menjauhi seks bebas?

    2) Adakah tujuannya nak mengajar pelajar bagaimana seks itu berlaku?

    3) Adakah tujuannya nak mengajar pelajar bagaimana untukĀ  mengelakkan kehamilan berlaku semasa melakukan hubungan seks?

    Walaupun perkara ini belum lagi ada kata putus tapi pada pandangan saya ia tetap tidak menyelesaikan masalah sosial dikalangan remaja sekiranya diadakan pun. Bagi saya apa yang penting adalah penerapan nilai agama dalam diri setiap pelajar dan juga perlaksanaannya oleh setiap pelajar.

    Ruangan komen dibuka untuk memberikan pandangan dan idea anda…

    • Share/Bookmark
  • 4 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Berhati-hati Dengan Nikmat

    Di dalam dunia ni Allah dah berikan kita macam-macam nikmat. Kita ada nikmat makan, nikmat tidur, nikmat kehidupan dan bermacam-macam jenis nikmat. Nikmat yang ada di dunia ni memang tak dapat nak ditulis atas kertas sebab terlalu banyak. Masa di matrik dulu, saya sering diingatkan kita mesti bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat iman dalam diri kita.

    Photobucket

    Tapi kita juga diingatkan untuk bersederhana dalam hidup. Makan tu nikmat juga tapi jika makan terlalu banyak akan jadi bala. Sama juga dengan tidur, kalau masyarakat kita suka tidur, ianya akan menjadi bala kepada masyarakat itu sendiri. Tidak membangun dan juga mundur. Jadi jika kita terlebih menikmati sesuatu nikmat itu, ia akan jadi bala kepada diri kita sendiri.

    Kadang-kadang kita perlu juga mencari bala untuk mendapatkan nikmat. Contohnya masa kecil-kecil dulu mak ayah selalu pesan, “Belajar rajin-rajin nanti boleh masuk universiti”. Bila dah masuk universiti pula,” Belajar rajin-rajin nanti boleh dapat kerja yang bagus”.

    Belajar rajin-rajin tu bagi sesetengah orang adalah suatu bala tapi nikmatnya akan dirasai bila kita dapat pekerjaan yang bagus, gaji tinggi, hidup senang dan macam-macam lagi. Jika kita kita malas dan menganggap tak perlu belajar itu satu nikmat, maka kita akan ditimpa bala pada kemudian hari.

    Antara perkara yang kita nampak jelas pada hari ini yang menjadi bala kepada masyarakat kita adalah isu pembuangan bayi. Di mana kebanyakan kes pembuangan bayi melibatkan remaja yang hanya mahu menikmati kehidupan yang seronok dan bebas. Disebabkan nikmat yang mereka inginkan sangat tu, mereka dah lupa pada bala yang akan menimpa mereka kemudian.

    Nikmat dan bala itu sebenarnya berkait rapat. Bila kita menikmati sesuatu, kita perlu beringat kepada yang susah. Bila kita ditimpa bala, kita perlu beringat tentang nikmat yang pernah diberikan kepada kita. Semuanya ada timbal balik.

    Ramai blogger-blogger yang yang menulis tentang isu pembuangan anak yang semakin meningkat. Jadi saya pun tak ketinggalan juga untuk menulis tentang pembuangan anak sikit-sikit. Jika kita letakkan hukuman 100% kepada pesalah, jangan kita lupa kita juga ada tanggungjawab dalam masalah ni. Jadi sama-samalah beringat.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Bukan Sekadar Buat Duit

    Keyword ‘buat duit’ sangat popular pada hari ini. Sesiapa pun mesti nak letakkan website mereka di ranking pertama Search Engine Google untuk keyword ini untuk mendapatkan trafik. Tapi bila perkataan ‘buat duit’ selalu disebut, kita kadang-kadang terlupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang manusia.

    Saya bukanlah seorang yang sangat arif tentang agama tapi saya cuba ulas teori yang saya faham. Ada beberapa soalan yang saya nak tanya berkenaan dengan buat duit:

    1) Kenapa nak buat duit?

    2) Untuk siapa kita buat duit?

    3) Untuk apa kita buat duit?

    Dalam erti kata lain tujuan sebenar buat duit. Tak kisahlah sama ada di internet ataupun bukan internet. Ada yang akan kata untuk dapatkan kehidupan mewah, untuk senangkan keluarga, untuk bebas dan macam-macam lagi sebab. Tapi soalan yang paling penting untuk sebagai seorang manusia adalah apakah sumbangan kita kepada masyarakat?

    Kalau dengan buat duit boleh membantu komuniti kita membangun, ianya satu perkara yang dipuji. Tapi kalau buat duit tu hanya untuk kita duduk di rumah goyang kaki, untuk kemewahan sendiri, jadi kita cuma boleh buat duit untuk dunia saja. Selepas mati apa yang kita bawa?

    Saya menulis bukan untuk mengatakan saya membuat banyak sumbangan untuk masyarakat. Ini adalah pertanyaan kepada diri saya sendiri. Saya cuba untuk berniaga dengan cara yang betul. Tidak menganiaya orang dan saya harap boleh membantu orang lain. Bukan bantu orang jadi kaya tapi cuba membantu memenuhi keperluan orang lain.

    Kalau kita sudah bekerja sebagai seorang Engineer, Doktor, Pensyarah ataupun pengutip sampah sekalipun, teruskan kerja tersebut kerana kerja tersebut kerja mulia. Kalau gaji menjadi masalah, cuba fikir balik adakah gaji yang kita habiskan tu sebab memenuhi keperluan diri kita ataupun keperluan hawa nafsu?

    Saya sekadar berkongsi apa yang saya fikirkan. Dan saya terbitkan dalam bentuk penulisan. Sebagai muhasabah kepada diri saya juga. Terima kasih kerana membaca blog ini. Selamat membaca.

    • Share/Bookmark
  • 4 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Ebook Untuk Pensyarah Tempatan

    Dulu masa saya belajar di USM, saya ingat lagi masa belajar di kuliah kebanyakan pensyarah saya gunakan bahasa Melayu. Bila ujian, biasanya dalam bahasa Melayu juga. Assignment pula kalau pensyarah gunakan buku rujukan bahasa Inggeris, biasanya assignment ambil dari buku rujukan saja. Ada juga pensyarah yang rajin sediakan soalan assignment dalam bahasa Melayu.

    Bila waktu exam, soalan dalam dua-dua bahasa pun ada. Terpulang sama ada nak jawab dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Biasanya jawab rojak saja. Yang penting jawapan betul. Masalah bahasa bercampur-campur ni saya nampak berpunca daripada kebanyakan sumber rujukan pelajar atau pensyarah adalah berbahasa Inggeris.

    Apa yang saya nampak, amat kurang pensyarah yang menulis buku sendiri untuk dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar. Dulu mungkin masalah nak cari penerbit, pencetak dan juga nak cari kedai yang nak jual buku tersebut. Dengan ada teknologi ebook sekarang ni, saya rasa setiap pensyarah dah boleh ada produk tulisan mereka sendiri.

    Apa yang saya nak fokuskan adalah pensyarah sepatutnya ada hala tuju mereka sendiri. Kalau nak mengajar dalam bahasa Melayu sepatutnya bahan rujukan pun sepatutnya dalam bahasa Melayu jugalah. Bila bahan rujukan pelajar adalah dalam bahasa Melayu, saya pasti assignment pun nanti dalam bahasa Melayu, ujian dalam bahasa Melayu, periksa pun dalam bahasa Melayu.

    Begitu juga pensyarah yang nak mengajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya bukanlah masalah sangat untuk mengajar dalam bahasa Inggeris sebab bahan rujukan dalam bahasa Inggeris dah berlambak. Tetapi kalau pensyarah nak jadikan pengajaran dalam bahasa Melayu, jadikan semuanya Melayu.

    Saya rasa setiap pensyarah dah ada modulnya sendiri untuk pelajar. Kalau susah nak cari penerbit, penjual dan pencetak, bolehlah convert hasil tulisan ke bentuk ebook. Ebook ini terpulang pada pensyarah tersebut sama ada nak menjual ataupun nak diberikan percuma kepada pelajar.

    Ianya sama seperti menghasilkan buku dan jual di kedai. Bila dijadikan dalam bentuk ebook, tak perlu cari penerbit, pencetak dan penjual. Semuanya boleh dilakukan oleh pensyarah tu sendiri. Caranya mudah saja kalau dah tahu. Manfaat dia banyak kalau setiap pensyarah mempunyai ebook(produk) mereka sendiri.

    Antara manfaat yang saya boleh nampak adalah:

    • jika ebook tersebut dalam bahasa Melayu, kita dah kayakan hasil tulisan dalam bahasa Melayu
    • pensyarah akan ada produk sendiri yang boleh dijadikan pendapatan tambahan
    • sumber rujukan dalam bahasa Melayu bertambah, pada masa yang sama kita memartabatkan bahasa Melayu tu sendiri
    • bahasa piawaian untuk pengajaran boleh ditetapkan ke bahasa Melayu sekiranya kita tak bergantung kepada buku bahasa Inggeris lagi
    • pelajar atau pensyarah takkan gunakan bahasa rojak lagi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Tujuan saya tulis artikel ini bukan untuk ajar pensyarah buat duit tapi bagaimana pensyarah dapat menggunakan bahasa Kebangsaan untuk mengajar. Perkara macam ni bukan boleh ubah terus. Ianya memerlukan proses. Perancangan yang baik mampu menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa akademik.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Pendapat
  • Waktu Berbuka Puasa

    Kangar, Padang Besar, Arau, PERLIS
    Ahad ( 05-09-2010 )
    Imsak :5:44
    Subuh :5:54
    Maghrib :19:25

    Sebelum Anda Meninggalkan Blog Ini, Sila Isikan Email Anda Supaya Saya Dapat Menghantar Post Terkini Terus Ke Email Anda.

    Delivered by Fazli Izwan dot Com

    Arkib

    Kategori

    Pemberi Komen

    • Fazli Izwan
    • Hadi Rofiee
    • Shahrul

    Jumlah Pelawat Terkini