Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
4 Aug
Sebenarnya tak tau apa yang diblogkan hari ni selepas tersepit dengan cabaran saudara Rohaizad hari tu. Mungkin saya nak ceritakan bagaimana saya mendapat idea blogging setiap hari. Sebenarnya tak susah nak dapat idea blogging ni. Kita fikir, kemudian kita taip di papan kekunci laptop. Mudah bukan? Hehehe…
Tak lah susah sangat. Mula-mula nak start blogging tu mungkin rasa susah sikit. Tapi lama-lama nanti OK lah. Yang penting kena mula dulu. Taip beberapa artikel yang ingin dimasukkan ke dalam blog. Kalau blogger bebas lagi mudah. Kalau blogger yang mempunyai niche-niche tertentu, mungkin perlukan idea. Saya ada beberapa guide yang dikongsikan untuk memastikan blog sentiasa di’update’.
Saya suka bawa kamera ke mana-mana yang saya suka. Bila ada gambar menarik, saya tangkap je gambar yang menarik tu. Tak kisahlah gambar keluarga ke, gambar binatang ke, gambar keindahan alam ke. Balik rumah tengok balik gambar,”Haaa… Yang ni best kalau masukkan dalam blog.” Kadang-kadang tu lah yang saya buat.
Lagi satu saya banyak berfikir. Kalau saya bercakap tentang idea tentang apa yang saya fikirkan, bukan semua orang boleh terima. Ianya cuma idea, bukan suruh buat pun. Kalau nak buat, kita buat sama-sama. Sebab tu saya suka tulis kat blog berbanding bercakap tentang idea. Nak terima atau tak terpulang. Yang penting saya dah sampaikan idea saya.
Sekiranya saya dapat menyelesaikan sesuatu masalah dan saya rasa ramai orang yang menghadapi masalah yang sama, saya akan tulis supaya ianya bermanfaat kepada orang ramai. Maklumat free je. Tak kena bayar. Kalau ada pandangan lain, boleh komen kat ruangan komen yang disediakan.
Lagi satu banyakkan membaca. Kerja sebagai seorang ‘Mr. Mama’ sepenuh masa ni membuatkan saya banyak membaca juga. Saya banyak membaca di internet. Saya jarang beli suratkhabar sebab kat internet pun boleh baca. Dapat satu tajuk menarik,”Haaa… Mesti ramai nak baca kalau aku masukkan dalam blog ni.”.
Apa yang saya tak praktikkan lagi adalah saya tak tulis dalam kertas apa yang saya nak masukkan dalam blog. Lepas ni kena tulis atas kertas supaya senang nak menaip di blog kalau dah tajuk. Kalau diikutkan, saya boleh tulis apa saja dalam blog saya setiap jam. Tapi nampak sangat saya tak ada kerja kalau update blog setiap jam.
31 Jul
Saya baru berborak dengan seorang kawan yang juga seorang cikgu melalui Yahoo Messenger(YM). Kami berkenalan hanya melalui YM saja. Saya tak pernah jumpa dia, dia pun tak pernah jumpa saya. Tapi kalau kami berborak di YM, seolah-olah macam dah kenal lama.
Saya ada memberikan idea pada dia tentang bagaimana menggunakan teknik internet marketing dalam pendidikan. Tapi saya nampak idea saya ni lebih tertumpu pada IPT. Untuk sekolah menengah dan rendah mungkin susah sikit kecuali pihak sekolah menggalakkan penggunaan internet di sekolah.
Dalam post sebelum ini saya ada menceritakan bagaimana pensyarah mampu menghasilkan produk sendiri dengan menghasilkan ebook. Tapi kali ni saya nak menyentuh bagaimana pensyarah boleh menggunakan autoresponder untuk follow up dengan student.
Cara ini hanya akan terhasil sekiranya setiap pelajar mempunyai email sendiri. Saya rasa di Unimap dah aplikasikan cara ni. Setiap pelajar diberikan email portal Unimap. Jika pelajar ingin menyemak maklumat terkini daripada universiti tentang aktiviti, semua akan dimaklumkan ke dalam email pelajar.

Komen Terkini