Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
20 Jul
Malam tadi saya dapat seorang pembeli yang ingin membeli panduan untuk membina grafik. Beliau nak membina grafik untuk menghasilkan header di forum yang beliau akan buat. Beliau tanya dulu sama ada panduan yang diberikan boleh membantu beliau membina header forum atau tidak.
Saya chatting dengan beliau agak lama juga. Saya terangkan sikit-sikit beza design minisite, blog, e-commerce dan juga forum. Jika saya tak mula design minisite, saya mungkin takkan tahu cara nak design blog, forum dan yang lain. Saya pernah beli beberapa panduan penggunaan photoshop. Tapi kalau kita tak ada matlamat kenapa kita belajar, susah juga nak faham.
Sebelum saya terlibat dalam design-design ni, saya belajar dari panduan video grafik minisite dari saudara Bearnerd. Video tersebut dalam bahasa melayu. Saya mudah faham sebab dapat praktikkan langkah-langkah yang diterangkan dalam video tersebut.
Kalau tengok design minisite Panduan Trafficwave, memang minisite tersebut di design berdasarkan langkah yang diterangkan daripada video saudara Bearnerd. Cuma bezanya minisite dengan blog atau yang lain-lain, anda perlu memahami kod di dalam fail jenis CSS.
Nak terangkan semuanya kat sini panjang sangat. Cuma saya cakap dekat pembeli tadi tu, saya suruh dia buat dulu header tu. Nak masukkan dalam forum nanti bagitau saya, saya akan ajar. Tapi kenalah jadi headernya dulu. Kalau tak jadi design, macam mana nak masukkan?
Dah ada ilmu kena amalkan. Kalau tak ilmu tu akan jadi sia-sia. Berfikir tanpa bertindak pun sesuatu yang merugikan. Jadikan kedua-dua perkara ni seiring. Bagi saya, saya lebih sukakan tindakan sebab lepas bertindak, kita akan dapat pengalaman. Pengalaman itu ilmu terbaik kita berbanding baca buku saja.
1 Jul
Petang-petang tadi bila baru nak buat kerja dapat SMS dari customer. Customer kata dia nak tangguh pelancaran produk beliau. Jadi dia suruh saya buat keje slow-slow. Bila dah dapat SMS tu terasa berat pula nak buat keje. Lepas tu ada kawan kat YM pula kata nak minta tolong edit gambar untuk dia jual.
Ada dalam 9 gambar semuanya. Mula-mula tu rasa macam nak tangguh dulu sebab maghrib pun dah dekat. Tapi dia kata nak sebelum malam esok. Jadi saya buat terus. Saya ingatkan akan ambil masa yang lama. Tapi bila siap edit gambar pertama terus saya tunjuk kat dia.
Dia kata OK. Jadi saya terus edit gambar yang seterusnya. Tak sedar pun saya dah selesai edit 9 gambar tu sebelum pukul 8. Rasanya kawan saya ni akan jualkan produk tersebut dalam masa terdekat ni.
Komen Terkini