Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
23 Jul
Satu perkara yang saya belajar dari abang ipar saya mengenai bisnes. Dia kata “Kalau kita kerja makan gaji, sekali bos pecat, memang takkan ada gajilah lepas tu kecuali cari kerja lain tapi kalau kita buat bisnes, kalau customer ‘pecat’ kita, kita masih ada lagi customer lain”. Sekarang ni abang ipar saya adalah antara orang Melayu yang berjaya dalam bisnes(bukan internet marketing).
Sampai sekarang saya suka dengan pesanan dia tu. Tapi kalau makan gaji, bos bagi kita gaji tiap-tiap bulan. Ada ke customer nak bagi kita duit macam gaji tiap-tiap bulan? Ada sebenarnya cuma mungkin kita tak perasan. Mungkin saya pun baru perasan. Jadi saya akan cuba kongsikan di sini.
Ada banyak cara untuk mendapatkan gaji tetap dari customer setiap bulan. Antaranya:
1) mendapatkan pelanggan tetap – kalau orang yang baru masuk ke dalam dunia perniagaan, agak sukar untuk mendapatkan pelanggan tetap sebab biasanya pelanggan ingin melihat rekod dan portfolio perniagaan kita dulu sebelum melanggan daripada kita tapi ini bukan satu masalah kalau kita mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus. Cuma diingatkan jangan bagi janji-janji manis ye!
2) menyertai MLM – MLM juga mampu memberikan pendapatan berulang sekiranya downline-downline anda rajin mengekalkan jualan/belian mereka. Kalau produk bagus, konfem mereka akan membeli semula. Kalau produk hampeh, biasanya beli sekali je. Komisen anda pun sekali je lah. Jadi pastikan menyertai MLM yang mempunyai produk berkualiti tinggi.
3) menyertai affiliate yang memberikan komisen bulanan – contoh affiliate yang memberikan komisen bulanan kepada saya adalah trafficwave. Trafficwave memberikan komisen sekiranya ada orang yang melanggan trafficwave melalui link affiliate kita. Jadi macam mana pula dapat komisen bulanan? Apabila kita melanggan akaun trafficwave, kita perlu membayar USD17.95 sebulan selagi kita berminat untuk menggunakan trafficwave. Jadi selagi orang yang kita taja, membayar jumlah berkenaan setiap bulan, kita akan dapat komisen. Dalam bulan ni saja sudah ada 4 orang menyertai trafficwave melalui link affiliate saya.
Tapi nak jadi ejen affiliate trafficwave, kita kena ada akaun affiliate dulu. maksudnya kita kena bayar juga USD17.95 juga. Kalau tak bayar, tak boleh jadi ejen affiliate. Sebelum sertai, pastikan tahu apa fungsi autoresponder tu dulu. Sebab kalau tak faham, sia-sia saja bayar bulan-bulan USD17.95 tu,
Saya mula-mula gunakan trafficwave untuk e-mail marketing tapi saya nampak kelebihan menjadi ejen, saya cuba promosikan sekali. Saya dah menaja lebih 3 orang, jadi saya dah dapat gunakan autoresponder ni ‘free for life’ selagi orang yang saya taja tu melanggan akaun trafficwave ini.
Kenapa 3 orang dah cukup untuk dapat free? Komisen yang saya dapat setiap sorang tu ialah USD6.00. Kalau 3 orang, dapat USD18.00. Ada baki USD0.05 buat belanja. Hehehe… Kalau dapat lebih tu bonus. Cuba bayangkan kalau dapat taja 10 orang, tiba-tiba sorang tak nak guna trafficwave dah, kita masih lagi menaja 9 orang.
Dan yang pastinya takkan kita nak biarkan sampai bila-bila pun nak taja 9 orang ni saja. Mesti nak tambah juga. Sebulan dapat taja sorang pun jadilah. Orang yang kita taja tu ibarat ‘bos yang nak bagi kita gaji’. Kenalah jaga elok-elok jaga bos-bos tersebut. Kalau diorang tanya, kita jawab. Kalau tak nak jawab, nanti sorang-sorang bos akan ‘fired’ kita.
Saya cuma boleh ceritakan income yang saya dapat, yang tak dapat tak naklah saya cerita kat sini. Hehehe… Saya juga pernah mendapat bonus MLM seperti HPA dan juga Elken tapi kalau downline tak rajin membeli, saya tak dapatlah bonus. Begitulah MLM.
Ada juga sistem affiliate yang tak perlukan kita membayar tapi mampu menjana pendapatan berulang. Saya tak pernah cuba tapi saya rasa ada di Clickbank. Daftar affiliate kat situ. Cari produk yang berikan berikan komisen secara berulang dan daftar sebagai affiliate.
Jadi begitulah cerita serba sedikit bagaimana untuk mendapatkan pendapatan berulang macam gaji dalam perniagaan. Walaupun anda bos di syarikat anda, tapi bila di luar anda bukan lagi bos. Anda akan ada lebih banyak bos. Yang penting jangan lupa Bos yang paling besar. Sembahyang jangan lupa.
Komen Terkini