Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
10 Aug
Esok dah puasa dah. Harap tahun ni dapat puasa penuh. Tahun lepas tak dapat puasa penuh sebab masuk hospital 2 hari. Kena masuk air sebab demam. Masa tu doktor suspek demam denggi. Tapi bila check darah, tak ada tanda denggi. Syukur. Yang suka bisnes mesti dah siapkan kelengkapan untuk berjuang di bulan puasa.
Masa bulan puasa ni biasanya bisnes memang meletup. Antara bisnes yang kencang di bulan puasa:
1) jual tudung
2) jual kuih raya
3) jual songkok
4) jual kain
5) kedai menjahit baju raya
6) meniaga kat bazar ramadhan
7) jual mercun(dah diharamkan pun ada juga yang jual)
servis kereta(ramai nak balik kampung)
9) jual tupperware(nak isi kuih raya)
10) banyak lagi jenis bisnes yang akan kencang di bulan puasa ni
Dulu-dulu saya ada kawan yang suka berniaga kat bazar ramadhan. Asal bulan puasa je mesti dia tak ketinggalan jual air. Saya tak pernah lagi merasa berniaga di bazar Ramadhan. Kadang-kadang rasa teringin juga. Kalau tak berniaga kat bazar pun, apa yang kita nak diniagakan masa bulan puasa ni?
Kalau nak berniaga macam tudung atau songkok, kita mesti cari dari pembekal sebenar. Baru dapat untung lebih sikit. Jangan ambil orang tengah antara kita dengan pembekal. Sebab tu lah harga songkok atau tudung tu mahal daripada selalu sebab orang tengah dah makan sikit.
Untuk mendapatkan untung lebih, lebih baik kita jual produk sendiri. Yang mudah dihasilkan biasanya produk makanan macam kuih raya ke, air jus jambu untuk bazar ramadhan ke. Saya tengah fikir nak belajar buat dadih. Buat dan supply je lah. Nak jual kat bazar dah tak larat kot.

Tahun ni tak sempat agaknya nak supply. Tahun depan kalau ada rezeki dan umur panjang, boleh cari kawan2 yang meniaga kat bazar dan hantar je dadih. Panduan dah ada. Cuma follow je. Teringin nak merasa nikmat berniaga bulan Ramadhan.

9 Aug
Syukur semalam ada pelanggan nak beli 5 set cloth diaper untuk kakaknya yang baru dapat anak. Saya rasa kagum juga orang yang belum ada anak tapi belikan cloth diaper untuk orang yang ada anak. Jarang perkara ni berlaku. Mungkin sebagai hadiah saja atau mungkin beliau faham keistimewaan cloth diaper.
Saya tak berani nak tanya banyak sebab tu semua hak privasi pelanggan. Kalau tanya banyak sangat takut dia tak jadi beli pula. Hehehe… Nak tanya sebab nak tau tentang background pelanggan sikit-sikit. Kesedaran tentang cloth diaper masih lagi tak ramai yang tahu. Kalau sebut lampin, yang popular adalah huggies, pampers, drypers dan macam-macam lagi brand.
Semalam pelanggan ni hanya hubungi saya melalui Yahoo Messenger. Ada beberapa pertanyaan sebelum dia membeli.
Soalan 1: Ada tak cloth diaper untuk newborn?
Jawapan 1: Cloth diaper ni boleh pakai dari newborn sampai ke umur 3 tahun(lebih kurang 3kg – 15kg).
Soalan 2: Boleh masuk washing machine?
Jawapan 2: Boleh. Tapi kalau dia buang air besar, kena buang dulu najis dia.
Soalan 3: Apa beza 1 insert dengan 2 insert?
Jawapan 3: 1 insert boleh tahan 3-4 jam. 2 insert boleh tahan 3-5 jam. Bergantung kepada kekerapan anak buang air.
Soalan 4: Beli cloth diaper dapat sekali dengan insert ke?
Jawapan 4: Ya. Dapat sekali dengan insert.
Soalan 5: Macam mana nak beli?
Jawapan 5: Mula-mula kena register dulu kat sini. Lepas tu login kat sini. Lepas tu klik kat barang mana yang nak dibeli.
Soalan 6: Berapa harga postage?
Jawapan 6: Kos penghantaran akan dicaj RM10.
Begitulah lebih kurang perbualan saya dengan pelanggan saya melalui YM malam tadi. Kalau duk sebelah rumah saya, saya tak kenakan caj kos penghantaran. Hehehe… Hari ni dapat SMS, “Salam abg pali,rm220 ntuk diapers da dimasukkn ke maybnk”. Syukur alhamdulillah.
5 Aug
Kalau anda nak membeli sesuatu di internet dan barang tersebut bukan dari Malaysia, anda wajib ada kad kredit. Kalau tak ada kad kredit, cuba dapatkan kad debit yang ada logo mastercard, visa atau american express. Sekarang ni budak sekolah pun boleh ada kad debit. Jadi anytime diorang pun boleh buat international business di internet.

Ini bukannya perkara asing. Saya dapati ada beberapa orang pelajar yang masih lagi bersekolah dan mempunyai perniagaan internet mereka sendiri. Malah mungkin mereka telah memasuki pasaran antarabangsa ketika ini. Ada yang berasa transaksi di internet ni tidak selamat sekiranya kita mendedahkan nombor kad kredit kita.
Saya tak pernah lagi ditipu di internet sebab mendedahkan nombor kad kredit saya. Tapi memang ada kes orang tertipu di internet apabila mereka mendedahkan nombor kad kredit mereka. Tapi ada beberapa pilihan sekiranya anda ingin melakukan transaksi di internet.
Kalau di Ebay, Paypal adalah orang tengah di antara pembeli dan penjual. Sekiranya penjual menipu pembeli, maka Paypal akan menyekat transaksi tersebut dan memulangkan duit pembeli semula. Tapi untuk membeli di Ebay, wajib ada akaun Paypal. Jadi kita perlu daftar dulu akaun Paypal menggunakan nombor kad kredit kita. Kad debit pun boleh.
Satu lagi cara adalah mendapatkan VCC iaitu Virtual Credit Card. VCC boleh digunakan untuk transaksi online sekiranya kita tidak ingin nombor kad kredit kita didedahkan di internet. Banyak pembekal VCC yang terdapat di internet. Anda perlu bayar pada pembekal tersebut jumlah amaun tertentu yang hendak dimasukkan ke dalam VCC tersebut dan anda boleh membeli-belah secara online menggunkan VCC tersebut.
Ada beberapa cara lagi seperti Alertpay yang mana saya tak pernah gunakan lagi. Yang saya pernah gunakan cuma Paypal dan juga VCC. Sebelum anda mendapat bekalan VCC, pastikan pembekal tersebut mempunyai reputasi. Anda boleh tanya di forum sekiranya ingin mendapatkan kepastian mengenai reputasi pembekal tersebut.
Ada orang tanya saya baru-baru ni nak gunakan autoresponder Trafficwave tapi tak nak bayar menggunakan kad kredit atau kad debit. Jawapan saya tentu tak boleh. Saya juga ada cuba membayar menggunakan VCC tapi di’reject’. Jadi pilihan yang ada cuma kad kredit atau kad debit dan juga Alertpay sebab Trafficwave tidak menerima Paypal.
24 Jul
Saya teringat ucapan Patric Chan(jutawan internet Malaysia) mengenai bisnes. Masa tu saya menghadiri seminar The Four Weeks To Freedom anjuran Zamri Nanyan di Penang. Beliau berkata “Kalau bisnes tu senang, hari ni kita buat bisnes, esok orang lain boleh ‘take over’ bisnes kita”.
Maksudnya lebih kurang macam tulah. Saya tak pandai nak ulas maksud saudara Patric tu walaupun saya macam faham maksudnya. Tapi apa yang boleh saya cakapkan di sini bisnes itu tak lah semudah yang disangka. Perlukan usaha, perancangan dan kecekalan untuk melakukannya.
Untuk memulakan sesuatu bisnes tu sangat mudah sebenarnya. Sebagai contoh, saya ada seorang kawanyang suka bisnes. Setiap kali saya jumpa dia, dia akan perkenalkan saya dengan ‘bisnes baru’ dia. Maksudnya dah banyak kali dia memulakan bisnes tapi bisnes dia ni masih lagi di peringkat permulaan. Bisnes yang disertai belum berjaya, dia dah masuk bisnes yang lain.
Kalau kita asyik menyertai bisnes baru, bila kita nak sampai ke tahap seterusnya. Kalau kita bekerja makan gaji, dalam tempoh waktu tertentu kita diberikan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat bergantung kepada kerajinan dan tempoh bekerja dengan majikan tersebut. Bergantung pada bos juga kalau dia nak naikkan pangkat kita.
Jadi kalau baru seminggu bekerja, kita dah mencari kerja yang baru, bagaimana majikan ingin memberikan kenaikan pangkat? Sukar bukan? Begitu juga dengan bisnes. Kalau kawan nampak kita asyik join bisnes baru je, macam mana kawan nak yakin untuk menyertai kita?
Ada satu lagi ucapan dari Patric Chan yang saya rasa menarik untuk dikongsi iaitu “Mereka mengadakan personal coaching pada orang lain tentang cara buat duit. Tapi orang yang buat personal coaching tu tak pernah buat duit pun dengan teknik yang dia ajar. Mereka buat duit dengan memberikan personal coaching tentang cara nak buat duit”.
Perbuatan ini seperti menganiaya orang lain yang perlukan duit. Sepatutnya teknik yang diajarkan itu dicuba dulu dan tunjukkan keputusan atau case study selepas teknik tersebut dilakukan. Kemudian barulah adakan personal coaching. Kalau kita faham tujuan bisnes tu sebenarnya adalah untuk membantu orang, bukannya untuk menganiaya.
Jangan aniaya orang lain walaupun nak buat bisnes. Kalau kat kampung tu tak ada orang jual lembu, kita ambil peluang untuk jual lembu supaya senang orang kampung nak beli. Ambil peluang untuk membantu orang lain dengan bisnes. Tak payahlah orang kampung ke pergi ke bandar untuk beli lembu dah lepas ni.
Tapi kita mesti faham, nak beli lembu dan memulakan bisnes menjual lembu adalah mudah sekiranya kita ada modal. Tapi adakah kita dapat mengekalkan perniagaan menjual lembu itu? Sebab kita perlu bagi makan lembu, jaga lembu, jaga kesihatan lembu, buang tahi lembu dan melayan kerenah lembu-lembu tu bukanlah sesuatu yang mudah.
Menjual lembu tu adalah contoh saja. Bisnes itu satu proses yang panjang. Bukannya hari ni join bisnes, esok dapat duit. Sekadar berkongsi dari pengalaman dan ilmu yang ada saja. Selamat berniaga.
23 Jul
Satu perkara yang saya belajar dari abang ipar saya mengenai bisnes. Dia kata “Kalau kita kerja makan gaji, sekali bos pecat, memang takkan ada gajilah lepas tu kecuali cari kerja lain tapi kalau kita buat bisnes, kalau customer ‘pecat’ kita, kita masih ada lagi customer lain”. Sekarang ni abang ipar saya adalah antara orang Melayu yang berjaya dalam bisnes(bukan internet marketing).
Sampai sekarang saya suka dengan pesanan dia tu. Tapi kalau makan gaji, bos bagi kita gaji tiap-tiap bulan. Ada ke customer nak bagi kita duit macam gaji tiap-tiap bulan? Ada sebenarnya cuma mungkin kita tak perasan. Mungkin saya pun baru perasan. Jadi saya akan cuba kongsikan di sini.
Ada banyak cara untuk mendapatkan gaji tetap dari customer setiap bulan. Antaranya:
1) mendapatkan pelanggan tetap – kalau orang yang baru masuk ke dalam dunia perniagaan, agak sukar untuk mendapatkan pelanggan tetap sebab biasanya pelanggan ingin melihat rekod dan portfolio perniagaan kita dulu sebelum melanggan daripada kita tapi ini bukan satu masalah kalau kita mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus. Cuma diingatkan jangan bagi janji-janji manis ye!
2) menyertai MLM – MLM juga mampu memberikan pendapatan berulang sekiranya downline-downline anda rajin mengekalkan jualan/belian mereka. Kalau produk bagus, konfem mereka akan membeli semula. Kalau produk hampeh, biasanya beli sekali je. Komisen anda pun sekali je lah. Jadi pastikan menyertai MLM yang mempunyai produk berkualiti tinggi.
3) menyertai affiliate yang memberikan komisen bulanan – contoh affiliate yang memberikan komisen bulanan kepada saya adalah trafficwave. Trafficwave memberikan komisen sekiranya ada orang yang melanggan trafficwave melalui link affiliate kita. Jadi macam mana pula dapat komisen bulanan? Apabila kita melanggan akaun trafficwave, kita perlu membayar USD17.95 sebulan selagi kita berminat untuk menggunakan trafficwave. Jadi selagi orang yang kita taja, membayar jumlah berkenaan setiap bulan, kita akan dapat komisen. Dalam bulan ni saja sudah ada 4 orang menyertai trafficwave melalui link affiliate saya.
Tapi nak jadi ejen affiliate trafficwave, kita kena ada akaun affiliate dulu. maksudnya kita kena bayar juga USD17.95 juga. Kalau tak bayar, tak boleh jadi ejen affiliate. Sebelum sertai, pastikan tahu apa fungsi autoresponder tu dulu. Sebab kalau tak faham, sia-sia saja bayar bulan-bulan USD17.95 tu,
Saya mula-mula gunakan trafficwave untuk e-mail marketing tapi saya nampak kelebihan menjadi ejen, saya cuba promosikan sekali. Saya dah menaja lebih 3 orang, jadi saya dah dapat gunakan autoresponder ni ‘free for life’ selagi orang yang saya taja tu melanggan akaun trafficwave ini.
Kenapa 3 orang dah cukup untuk dapat free? Komisen yang saya dapat setiap sorang tu ialah USD6.00. Kalau 3 orang, dapat USD18.00. Ada baki USD0.05 buat belanja. Hehehe… Kalau dapat lebih tu bonus. Cuba bayangkan kalau dapat taja 10 orang, tiba-tiba sorang tak nak guna trafficwave dah, kita masih lagi menaja 9 orang.
Dan yang pastinya takkan kita nak biarkan sampai bila-bila pun nak taja 9 orang ni saja. Mesti nak tambah juga. Sebulan dapat taja sorang pun jadilah. Orang yang kita taja tu ibarat ‘bos yang nak bagi kita gaji’. Kenalah jaga elok-elok jaga bos-bos tersebut. Kalau diorang tanya, kita jawab. Kalau tak nak jawab, nanti sorang-sorang bos akan ‘fired’ kita.
Saya cuma boleh ceritakan income yang saya dapat, yang tak dapat tak naklah saya cerita kat sini. Hehehe… Saya juga pernah mendapat bonus MLM seperti HPA dan juga Elken tapi kalau downline tak rajin membeli, saya tak dapatlah bonus. Begitulah MLM.
Ada juga sistem affiliate yang tak perlukan kita membayar tapi mampu menjana pendapatan berulang. Saya tak pernah cuba tapi saya rasa ada di Clickbank. Daftar affiliate kat situ. Cari produk yang berikan berikan komisen secara berulang dan daftar sebagai affiliate.
Jadi begitulah cerita serba sedikit bagaimana untuk mendapatkan pendapatan berulang macam gaji dalam perniagaan. Walaupun anda bos di syarikat anda, tapi bila di luar anda bukan lagi bos. Anda akan ada lebih banyak bos. Yang penting jangan lupa Bos yang paling besar. Sembahyang jangan lupa.
18 Jul
Saya bekerja sebagai seorang website designer, juga sebagai seorang internet marketer. Walaupun kedua-dua kerja ni cuma duduk di depan laptop. Tapi saya tak dapat buat 2 kerja ni dalam satu masa. Sebagai seorang designer, saya perlukan idea yang fresh, tak ada gangguan. Bila dah siap baru boleh ganggu.
Sebagai seorang internet marketer pula, saya perlu explore market di internet. Ada orang ingat kerja sebagai seorang internet marketer ni cukup sekadar ada website saja. Walaupun website tu mempunyai SEO pun, saya rasa belum cukup lagi. Banyak lagi market di internet yang perlu diterokai macam forum, blog dan banyak lagi.
Bila saya menjadi seorang designer, saya perlu asingkan diri saya. Tapi bila jadi seorang internet marketer, saya perlu bergaul dengan orang. Sebab tu kedua-dua kerja ni saya perlu asingkan. Untuk menjadi seorang blogger pula, saya buat ikut suka. Biasanya saya akan spend 1 jam sehari untuk blogging.
Nasib baik sekarang saya ada seorang assistant in design. Akan datang mungkin saya akan dapat sorang lagi assistant designer. Jadi masa tu mungkin saya boleh tumpukan pada internet marketing. Banyak projek on the way. Harapnya saya dapat capai target saya untuk setiap projek.
Saya sembang dengan jiran sebelah rumah petang semalam. Dia kata OKlah kalau income banyak sebab buat kerja dari rumah. Saya kata nak income banyak tu bukanlah sebab utama saya bekerja dari rumah. Dulu saya terpaksa ulang alik dari Penang ke Perlis sebab saya perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Dan saya spend lebih RM60 sehari untuk pergi dan balik kerja dari rumah. Gaji habis kat atas jalan je.
Kalau kerja dari rumah, mana ada belanja tol, tak ada belanja minyak(harga minyak dah naik pula tu). Kalau komitmen tak banyak(hutang), RM1k dah cukup dah sebenarnya sebulan. Yang lebih tu bonus untuk saya. Kalau tinggalkan di KL, RM1k mungkin tak cukup tapi syukur saya tinggal di Changlun. Di sini kos sara diri rendah. Rumah murah, makan murah.
Yang penting saya tinggal di kawasan yang ada internet. Di Changlun, saya gunakan P1 wimax. Syukur dari segi kelajuan memang tak ada masalah. Saya dengar di KL, ada banyak masalah dengan P1 Wimax ni. Contoh terbaik rumah mak saya di Ampang gunakan P1 Wimax dan connectionnya sangat teruk.
Walaubagaimanapun saya yakin, dengan usaha pasti berjaya. Allah dah bagi rezeki masing-masing. Yang penting kita usaha untukĀ mencarinya. Pastikan ianya halal…

16 Jul
Saya pernah ceritakan sebelum ni bahawa isteri saya adalah reseller berdaftar dengan Lunatots. Lunatots ni adalah syarikat tempatan yang dimiliki oleh anak tempatan. Barang yang popular dijual oleh jenama Lunatots ni adalah cloth diaper. Oleh sebab isteri saya nampak kelebihan menggunakan cloth diaper, dia pun mendaftar sebagai reseller.
Lepas mendaftar sebagai reseller, isteri saya adalah antara orang yang aktif mempromosikan cloth diaper ni. Sebelum buat promosi secara online, wife saya cuma promosi secara offline je. Sambutan secara offline amat menggalakkan dari kawan-kawan sebenarnya. Jadi saya buatkan website e-commerce untuk wife saya supaya dia boleh explore market online pula.
Pada mulanya saya buat website e-commerce menggunakan zen cart seperti yang terdapat dalam cpanel. Terdapat beberapa kesukaran untuk setup website e-commerce menggunakan zen cart kerana saya dapati zen cart bukanlah satu software yang user friendly dan sangat serabut(mungkin sebab saya tak berapa biasa lagi).
Kemudian saya terjumpa ada seorang kawan di Facebook menggunakan lot.my untuk membina website e-commerce. Saya cuba explore sekejap website lot.my ni. Ternyata mudah sungguh nak gunakan website lot.my ni. Tak silap saya lot.my ni adalah website dari Malaysia.
Tak susah nak faham sebab layout dia pun agak user friendly. Jadi saya buat keputusan tinggalkan zen cart dan berpindah kepada lot.my. Lebih bagus lagi ianya adalah percuma. Jadi mungkin kepada kawan-kawan yang menggunakan blogspot untuk menjual barang, mungkin boleh gunakan lot.my ni kerana proses pengurusan pembayaran lebih mudah untuk pembeli.
Jadi kalau ada sesiapa yang ada baby nak beli cloth diaper, jemputlah singgah ke kedai online kami. Kalau area alor setar-kangar, mungkin kami boleh hantar cloth diaper ni terus ke rumah. Kalau kat area lain, kami terpaksa hantar menggunakan pos. Kalau di area Ipoh atau KL, mungkin kami boleh hantar terus ke rumah juga. Itupun kalau kami balik ke kampung kami.
Yang penting, daftar dulu sebagai ahli(tak kena bayar pun). Segala informasi terkini tentang lokasi kami, kami akan beritahu melalui email. Tapi kebanyakan masa kami akan berada di rumah kami iaitu di Changlun.
3 Jul
Hari ni nak balik ke Ipoh lak. Sebelum balik Ipoh nak singgah Cheras dulu sebab nak amik stok cloth diaper yang baru. Bukan sebab stok yang ada tak cukup tapi ada customer yang dah bayar tapi warna yang dia nak tak ada. Jadi saya dan wife nak amik warna cloth diaper yang dia nak tu kat Lunatots Cheras.
Customer tu tinggal kat Nibong Tebal. Jadi sebelum balik ke Changlun esok bolehlah singgah rumah customer bagi cloth diaper tu. Dah lama tak amik stok baru cloth diaper ni sebab marketing tak buat, sales pun tak adalah. Sebab cloth diaper ni tahan lama, jadi bila kawan-kawan terdekat semua dah beli, kenalah explore market lain.
Saya akan cuba marketkan cloth diaper ni melalui internet nanti. Nama domain dan webhosting dah beli dah. Cuma tak setup cantik-cantik lagi kedai cloth diaper online. Mula-mula dulu ada juga terasa nak stop jual cloth diaper ni sebab komitmen tinggi. Tapi tengok wife semangat nak teruskan, saya tolong buatkan satu kedai cloth diaper online untuk dia.
Pakai cloth diaper ni kena rajin. Kena basuh, kena jemur, kena lipat dan simpan cloth diaper ni lagi. Jadi dari pengalaman menjual cloth diaper ni, biasa ibu bapa yang sibuk, diorang tak minat. Tapi kalau jenis orang yang memang nak jimat belanja pampers, memang diorang akan beli 10-20 set cloth diaper sekali.
Beli sekali tapi boleh tahan sampai anak umur 2-3 tahun. Komitmen tinggi sebab amik stok kat KL dan kesedaran tentang penggunaan cloth diaper ni masih lagi kurang. Jadi setiap kali nak menjual tu kena cerita balik dari cara guna, cara basuh dan cara pakai. Lepa ni agaknya saya kena buat satu video kot macam mana nak gunakan cloth diaper.
Komen Terkini