Pada hari Jumaat lepas, isteri saya panggil saya,”Abang!!!”. Dari suaranya, rasa macam ada sesuatu berlaku. Tapi saya rasa panggilan tu agak manja juga. Macam ada sesuatu berlaku tapi bunyinya agak manja. Mmmm… Jangan fikir lama-lama. Tumpukan pada apa yang saya nak tulis.

Saya pergilah ke arah panggilan suara isteri saya tu. Rupanya dia nak tunjuk result dari pregnancy tester yang baru beli kat Guardian. Dia kata,”Tengoklah”. Saya pun tanya,”Tengok apa?”. Dia pun kata lagi,”Tengoklah ni”. Saya pun terpinga-pinga kejap. Dia suruh saya tengok pada pregnancy tester tu sebenarnya.

Saya tak tahu apa yang patut ditengokkan pada pregnancy tester tu. Dia pun kata,”Dua-dua warna terang”. Saya tak faham lagi. Saya tanyalah,”Apa maksudnya?”. Dia pun kata,”Maksudnya saya pregnantlah”. Bila dengar dia kata macam tu, tak tau nak buat riak muka macam mana.

Masa saya dapat berita dia mengandung anak pertama dulu, tangan saya menggigil pegang pisau(masa dapat berita tu saya baru nak potong bawang). Dengar dia mengandung anak kedua ni mungkin taklah rasa menggigil macam anak pertama. Mungkin sebab saya dah bersedia untuk menerima anak kedua.

Masa dapat berita anak pertama dulu, saya terfikir,”Boleh ke saya jaga anak saya tu nanti?”. Tapi kali ni berbekalkan pengalaman sebagai Mr. Mama, saya tak rasa gementar sangat. Saya pun senyum je lah bila dia bagitau dia pregnant anak kedua. Saya ajak dia jumpa doktor dulu untuk sahkan.

Siang tadi pergi jumpa doktor kat klinik Changlun. Bila dah jumpa, sah positif. Syukur kepada Allah. Ada rezeki nak dapat anak kedua. Saya pun dah lama terfikir nak ada anak kedua memandangkan Faiq pun dah besar. Bagi saya Faiq pun nak kawan juga. Hari-hari main dengan abah dia je. Hehehe…

Saya teringat masa nak nikah dulu. Ustaz yang jadi kadi berceramah katanya,”Bila kahwin, rezeki akan bertambah. Dulu sebelum kahwin cawan kat rumah untuk kita sorang je. Lepas kahwin, kat rumah ada lebih 2 cawan. Kalau tak percaya, cuba tuan-tuan kahwin.”. Ceramahnya agak lucu tapi maksudnya jelas pada saya.

Pada saya rezeki paling besar untuk orang yang dah kahwin ialah anak. Anak itu adalah rezeki, juga adalah satu amanah. Jadi untuk menjaga amanah itu, kita perlu berusaha keras untuk memenuhi keperluan anak. Jadi dengan rezeki anak, ditambah dengan usaha keras kita, jika diizinkan Allah, rezeki kita akan bertambah.

Sama juga dengan cawan kat rumah. Kalau dulu cawan ada satu, kita basuh satu cawan saja. Kalau cawan ada lebih dari 2, kita kenalah usaha lebih sikit sebab kena basuh 2 cawan. Walaupun rezeki diberi, didatangkan juga dengan tanggungjawab. Macam kata Uncle Ben dalam cerita Spiderman,”Great power comes with great responsbilities”.

Dengan berita baik ini, bermaksud saya perlu berusaha keras lagi untuk menyara keluarga. Biasanya orang akan kata,”Nanti adalah rezeki anak tu”. Saya yakin dengan apa yang orang kata tu tapi kenalah datang dengan usaha. Kalau malas, macam mana rezeki nak datang? Working… Working…

  • Share/Bookmark