Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
28 Jul
Sekarang ni saya berada di KL. Semalam sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sampai lewat sebab semalam tunggu wife habis kerja. Dia balik kerja lepas Zohor. Kami sempat juga bergerak dari Changlun sebelum Asar. Sampai dekat Gurun, saya terpaksa minta tolong wife sambung drive sebab saya rasa mengantuk sangat.
Malam sebelum balik tu saya kena siapkan kerja yang diberikan oleh customer dan juga menyiapkan beberapa quotation untuk dihantar kepada customer di UniMaP. Pagi tu pula saya kena sidai banyak baju sebab kalau boleh nak baju-baju tu semua kering sebelum kitorang balik ke KL. Lepas sidai baju kena kemas rumah dulu. Takkan nak tinggalkan rumah tunggang langgang kan?
Masa on the way nak balik ke KL, saya berhenti di rumah mertua saya di Ipoh. Memang kami selalu berhenti Ipoh sebelum balik KL. Nak solat, makan, tidur atau rehat pun mudah. Kebetulan mertua saya baru balik dari dusun, banyak buah durian yang kitorang makan masa singgah Ipoh.
Hasilnya saya mengantuk sangat lepas makan sebab makan terlalu banyak. Masa tu dah pukul 8.30 malam dah. Pak mertua saya suruh saya tidur dulu sebab nampak saya mengantuk. Ingat nak tidur setengah jam. Tapi saya terlajak tidur sampai sejam. Cepat-cepat saya kemas barang untuk balik KL.
Yang bagusnya walaupun balik lambat tapi saya rasa segar masa drive malam tu. Kalau saya drive dalam keadaan mengantuk, risau juga sebab bawa anak bini sekali. Syukur sampai juga pukul 1.00 pagi. Kesian kat mak dan abah saya sebab diorang dah tidur masa saya sampai.
Sebab kami ke KL sebab isteri saya ada seminar di PJ Hilton. Saya pun followlah sekali ke hotel tersebut. Berbekalkan apa yang diberitahu oleh abah saya, sampai juga ke PJ Hilton. Tak susah sebenarnya. Tepi Federal Highway je. Nasib baik isteri saya ada booking bilik di hotel tersebut, jadi saya tunggu di bilik tersebut dengan Faiq sementara tunggu isteri saya habis seminar.
Dah lama tak rasa bercuti. Kadang-kadang dapat duduk hotel pun ada rasa lega sikit sebab room service ada. Jadi saya tak payah kemas apa-apa. kalau kat rumah, kebanyakan kerja kemas rumah saya yang buat. Nama pun bekerja dari rumah. Jadi ‘kerja rumah’ tetap kena buatlah.
Dari luaran PJ Hilton nampak seperti bangunan lama. Mungkin hotel ni dah lama bertapak kat Malaysia agaknya. Tapi di dalamnya bagi saya memang nampak berbeza. Nampak cantik dan smart. Lif dia pun laju. Wife saya kata,”Dari luar tak nampak macam 5 bintang tapi kalau tengok dalam memang bertaraf 5 bintang”.
Hajat bawa Faiq sekali ke hotel sebab nak ajak dia mandi swimming pool. Tapi swimming pool di PJ Hilton tak ada yang sesuai untuk kanak-kanak. Sebab ketinggian air semua sama iaitu 5 kaki. Jadi saya pun tak adalah terasa nak bawa Faiq mandi sebab pelampung pun tak ada. Kalau nak mandi juga, saya kena pegang Faiq sentiasa.
Apa yang saya buat dengan Faiq kat situ hanya berjalan-jalan di sekitar swimming pool dan biarkan Faiq main batu-batu yang ada kat situ. Seronok juga di PJ Hilton walaupun bukanlah percutian sebenar tapi sekurang-kurangnya dapat relaxkan minda yang sebelum ni sibuk kerja saja. Bekerja dari rumah bukanlah kerja goyang kaki.
Hujung minggu ni pergi Bukit Merah pula. Sebab skool wife saya ada buat family day untuk staf. Jadi minggu ni saya agak sibuk berjalan saja. Beberapa kerja dari customer terpaksa saya hold dulu sampai saya balik rumah. Isteri saya ada bawa stok cloth diaper balik KL. Kalau ada sesiapa yang nak order dari KL, kami boleh hantar ke rumah terus.
16 Dec
Dah lama saya tak update blog ni. Buat pengetahuan semua saya berada di KL. Di rumah parent saya di Ampang. Isteri saya ada kursus di Shah Alam sampai krismas. Oleh kerana saya pun kerja flexible walau di mana saja berada, saya decide tinggal dekat rumah parent dengan Faiq.
Sepanjang saya duduk di KL ni. Tiap-tiap pagi dan malam saya akan ke Shah Alam untuk ambil susu Faiq. Faiq minum susu badan. Jadi saya kena ambil susu daripada umi dia. Yang tak tahan jalan di KL ni jem je. Tapi boleh jadi tertekan juga kalau tak bergerak. Dah macam-macam jalan saya cuba untuk mengelakkan jem.
Sampai hari ni saya dah boleh agak sikit-sikit waktu dan jalan sesuai untuk memandu. Saya kena cuba cari jalan terbaik sebab saya tak suka jem. Kawan-kawan lama ramai nak jumpa kat KL ni. Tapi saya ada anak nak kena jaga kat rumah. Saya tak boleh keluar berdua dengan anak saya sebab dia tak suka duduk dalam ‘car seat’.
Walaubagaimanapun saya tengah ‘train’ dia sikit-sikit untuk duduk dalam ‘car seat’. Mudah sikit nak keluar jumpa prospek. Setakat ni saya berani bawa dia jalan dekat-dekat je. Dari Ampang ke Shah Alam saya tak berani lagi. Berisiko tinggi. Kalau dia mengamuk, takkan saya nak berhenti kat highway? Menyusahkan orang je nanti.
Anyway saya tengah cuba untuk bertemu dengan beberapa orang kawan di KL ni. Tunggulah ada orang jaga Faiq kat rumah. Setakat ni adik bongsu saya yang jaga Faiq kalau saya ambil susu di Shah Alam. Parent saya kerja lagi. Jadi malam jelah diorang ada untuk jaga Faiq.
Komen Terkini