Saya teringat ucapan Patric Chan(jutawan internet Malaysia) mengenai bisnes. Masa tu saya menghadiri seminar The Four Weeks To Freedom anjuran Zamri Nanyan di Penang. Beliau berkata “Kalau bisnes tu senang, hari ni kita buat bisnes, esok orang lain boleh ‘take over’ bisnes kita”.

Maksudnya lebih kurang macam tulah. Saya tak pandai nak ulas maksud saudara Patric tu walaupun saya macam faham maksudnya. Tapi apa yang boleh saya cakapkan di sini bisnes itu tak lah semudah yang disangka. Perlukan usaha, perancangan dan kecekalan untuk melakukannya.

Untuk memulakan sesuatu bisnes tu sangat mudah sebenarnya. Sebagai contoh, saya ada seorang kawanyang suka bisnes. Setiap kali saya jumpa dia, dia akan perkenalkan saya dengan ‘bisnes baru’ dia. Maksudnya dah banyak kali dia memulakan bisnes tapi bisnes dia ni masih lagi di peringkat permulaan. Bisnes yang disertai belum berjaya, dia dah masuk bisnes yang lain.

Kalau kita asyik menyertai bisnes baru, bila kita nak sampai ke tahap seterusnya. Kalau kita bekerja makan gaji, dalam tempoh waktu tertentu kita diberikan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat bergantung kepada kerajinan dan tempoh bekerja dengan majikan tersebut. Bergantung pada bos juga kalau dia nak naikkan pangkat kita.

Jadi kalau baru seminggu bekerja, kita dah mencari kerja yang baru, bagaimana majikan ingin memberikan kenaikan pangkat? Sukar bukan? Begitu juga dengan bisnes. Kalau kawan nampak kita asyik join bisnes baru je, macam mana kawan nak yakin untuk menyertai kita?

Ada satu lagi ucapan dari Patric Chan yang saya rasa menarik untuk dikongsi iaitu “Mereka mengadakan personal coaching pada orang lain tentang cara buat duit. Tapi orang yang buat personal coaching tu tak pernah buat duit pun dengan teknik yang dia ajar. Mereka buat duit dengan memberikan personal coaching tentang cara nak buat duit”.

Perbuatan ini seperti menganiaya orang lain yang perlukan duit. Sepatutnya teknik yang diajarkan itu dicuba dulu dan tunjukkan keputusan atau case study selepas teknik tersebut dilakukan. Kemudian barulah adakan personal coaching. Kalau kita faham tujuan bisnes tu sebenarnya adalah untuk membantu orang, bukannya untuk menganiaya.

Jangan aniaya orang lain walaupun nak buat bisnes. Kalau kat kampung tu tak ada orang jual lembu, kita ambil peluang untuk jual lembu supaya senang orang kampung nak beli. Ambil peluang untuk membantu orang lain dengan bisnes. Tak payahlah orang kampung ke pergi ke bandar untuk beli lembu dah lepas ni.

Tapi kita mesti faham, nak beli lembu dan memulakan bisnes menjual lembu adalah mudah sekiranya kita ada modal. Tapi adakah kita dapat mengekalkan perniagaan menjual lembu itu? Sebab kita perlu bagi makan lembu, jaga lembu, jaga kesihatan lembu, buang tahi lembu dan melayan kerenah lembu-lembu tu bukanlah sesuatu yang mudah.

Menjual lembu tu adalah contoh saja. Bisnes itu satu proses yang panjang. Bukannya hari ni join bisnes, esok dapat duit. Sekadar berkongsi dari pengalaman dan ilmu yang ada saja. Selamat berniaga.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Jangan Gunakan Maklumat Orang Lain Untuk Kepentingan Diri