Blog Seorang Blogger Yang Suka Blogging
2 Sep
Zaman sekarang ni ramai yang masih lagi ragu-ragu dengan perniagaan yang mereka jalankan ataupun perniagaan yang bakal mereka sertai itu halal atau tidak. Perniagaan tidak sama seperti makanan yang perlu ada logo halal untuk menentukannya sama ada halal ataupun tidak.

Ada juga yang mengeluarkan pernyataan bahawa perniagaan mereka adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Oleh kerana perniagaan mereka telah didaftarkan maka mereka mengatakan perniagaan mereka halal. Ini juga salah sebab seperti yang kita tahu syarikat yang menjalankan perjudian juga mempunyai lesen. Jadi adakah ianya halal?
Masa mula-mula saya cuba berniaga, saya pun agak keliru tentang menentukan halal haram sesuatu perniagaan. Tetapi setelah lama dalam dunia perniagaan, saya cuba tetapkan pendirian perniagaan yang mana satu harus diceburi. Daripada apa yang saya belajar, sebenarnya banyak transaksi yang kita lakukan pada hari ni tidak sah dari hukum syarak.
Pening juga bila banyak benda tak boleh buat. Ramai juga ustaz-ustaz yang menyertai pelbagai perniagaan di luar sana mengatakan perniagaan mereka halal. Jadi mana satu yang betul? Apa yang saya nampak sekarang, saya tak boleh merujuk kepada orang yang ada kepentingan dalam sesebuah perniagaan.
Kerana orang-orang ini juga manusia, bernafsu. Bila ada kepentingan, saya takut mereka tidak dapat memberikan keputusan yang tepat kerana mereka bukanlah bebas dan berkecuali. Jadi saya banyak merujuk kepada sejarah bagaimana Nabi berniaga dan cuba selarikan konsep tersebut dengan keadaan sekarang.
Bukannya mudah sebenarnya. Tapi kena buat juga. Sambil-sambil tu ada juga mengaji sikit-sikit tentang perniagaan mengikut syarak. Kekayaan tidak bermakna perniagaan kita itu berada dilandasan yang betul. Hari ni strategi perniagaan banyak dipengaruhi oleh sistem yang dibuat oleh orang bukan Islam.
Jadi kita kena berhati-hati dalam memilih strategi perniagaan. Sekiranya ada sesuatu perniagaan yang diragui, kaji dulu apa yang menjadikan sesuatu perniagaan itu meragukan. Kalau tak jumpa jawapan, lebih baik tinggalkan saja. Sila isi ruangan komen untuk sebarang perbincangan.
31 Aug
Kalau sebelum ni saya menyentuh tentang kemungkinan masalah yang berlaku akibat pengambilan ‘pain killer’ atau panadol, hari ni saya cerita bagaimana saya mengubati gejala sakit kepala selain menggunakan panadol. Cara yang saya gunakan ni adalah untuk mengubati isteri saya yang selalu sakit kepala.
Saya menggunakan satu teknik urutan yang dipanggil guasa. Teknik guasa ni datang dari China. Cara ni saya dapat setelah seorang kawan saya yang melakukan guasa ke atas saya. Saya dapati tekniknya praktikal dan tak menggunakan sebarang ubat pun. Bagi saya teknik guasa ni sedikit sebanyak boleh melegakan sakit kepala kalau tekniknya betul.

Teknik guasa ni dikomersialkan oleh syarikat Elken, sebuah syarikat MLM di Malaysia. Dalam teknik guasa ni ada papan guasa dan juga minyak guasa. Kalau kat kepala tak payah bubuh minyak untuk guasa. Saya pernah cuba guasa ni untuk legakan sakit kepala isteri saya, legakan sakit lutut mak mertua saya dan juga kurangkan tekanan darah bapa mertua saya.
Banyak lagi yang boleh dilakukan dengan guasa ni sebab saya ada buku panduan tentang guasa ni dan saya juga ada mentor yang mengajar saya. Saya sukakanya sebab ianya lebih praktikal berbanding makan ubat ataupun panadol. Sekarang ni mak mertua saya mesti cari saya kalau sakit lutut.
Ada juga beberapa orang yang saya dah guasa. Kawan-kawan saya, adik-adik saya, pakcik saya dan ada yang beli set guasa ni lepas kena guasa dengan saya. Guasa ni mungkin meletihkan sekiranya kita baru belajar sebab teknik tu tak berapa betul. Dah lama sikit nanti pandailah. Sama macam saya juga.
P/S: Siapa nak rasa kena guasa dengan saya, jemput datang rumah saya di Changlun. Alternatif kepada ubat-ubatan.
29 Aug
Semalam saya jalan-jalan dengan mertua saya di sekitar Kuala Perlis dan Kg. Sungai Baru sebab mertua saya nak cari udang segar. Dalam perjalanan tu mak mertua saya kata dia selesema. Jadi bapa mertua saya minta tolong saya belikan panadol. Walaupun terasa berat hati, tapi saya cari juga.
Nak dijadikan cerita, saya tak jumpa panadol yang dicari. Bapa mertua saya minta saya belikan panadol ‘Cold anda Flu’. Tapi memang serius saya tak jumpa lepas pergi lebih 3 farmasi di Perlis. Saya sebenarnya memang nak jauhkan diri dari panadol atau ubat. Kalau boleh, keluarga saya pun saya nak jauhkan dari panadol dan ubat.
Biasanya panadol ni diamalkan oleh orang yang ‘workaholic’ ataupun dalam maksud lain orang yang jenis suka kerja dan susah nak berhenti bekerja. Bila sakit, kerja jadi terbatas. Panadol dijadikan jalan singkat untuk mengubati penyakit bila malas nak jumpa doktor.
Sebelum ni saya cuma terima email tentang keburukan panadol. Namun saya tak suka mempercayai sesuatu berita tu kecuali ianya dibuktikan di depan mata saya. Tapi sekiranya ada tanda keraguan, saya akan jauhkan. Jadi untuk lebih selamat, saya selalu elakkan diri dari mengambil panadol.
Saya ada kawan yang mempunyai masalah buah pinggang pada awal umur 30. Sekarang ni beliau terpaksa menjalani dialisis kerana buah pinggang beliau tak boleh berfungsi lagi. Saya diberitahu bahawa masalah buah pinggang beliau adalah kekal. Maksudnya dialisis tu perlu dilakukan sehingga akhir hayat.

Saya tak pernah merasa lagi macam mana kena dialisis(harapnya tak perlu merasa) tapi kawan saya pernah ceritakan kalau dah kena mula kena dialisis, hidup bukan lagi seperti dulu. Saya tak pasti apakah maksud beliau. Cuma beliau dan orang-orang yang pernah kena dialisis yang tahu.
Kawan saya ni dulu adalah seorang yang ‘workaholic’. Bila sakit je dia ambil ‘pain killer’. Sebab senang baik katanya. Bila dah baik bolehlah sambung kerja macam biasa. Dan bila sakit lagi, dia ambil ‘pain killer’ lagi. Mungkin terlalu kerap agaknya. Dia kata mungkin sebab dari amalan dia tu, dia ada masalah buah pinggang.
Saya pun tak berapa pasti lagi tentang akibat pengambilan ‘pain killer’ ataupun panadol yang kerap boleh menjejaskan fungsi buah pinggang. Saya bukanlah layak untuk menjawab persoalan ni tapi kalau ada yang nak memberikan komen saya amat alu-alukan untuk tujuan perbincangan.
Saya nak kongsi sedikit video yang saya ambil dari Youtube tentang penderitaan yang dialami oleh seorang pesakit buah pinggang. Sila tengok video di bawah.
28 Aug
Saya memang meminati sukan badminton sejak sekolah menengah. Kadang-kadang bila buka channel sukan astro, kalau ada game badminton memang saya layan. Lebih-lebih lagi bila single dan double lelaki Malaysia sekarang ni adalah top world ranking. Bila game diorang keluar TV biasa saya akan layan.
Tadi saya tonton salah satu tournament badminton iaitu BWF World Championship yang berlangsung di Paris. Sambil-sambil berbuka tu sempat juga tengok pasangan beregu negara Tan Boon Heong – Koo Kien Keat menang. Lepas tu dalam pukul 9 tadi tengok pula perlawanan antara Chong Wei dengan Taufik Hidayat.

Set pertama Taufik menang. Set kedua Chong Wei menang. Set ketiga saya jangkakan Chong Wei akan menang sebab saya selalu perhatikan Misbun selalu ada perancangan untuk Chong Wei. Tapi pada set ketiga Chong Wei kelihatan banyak melakukan kesilapan. Katanya ada sakit belakang tapi beliau juga tak tau nak kata apa. Mungkin bukan hari dia.
Sebenarnya Taufik pun agak terkejut juga dengan kemenangan tersebut. Sebab saya dapat lihat Taufik pun agak penat pada seti ketiga. Bagi saya kedua-dua pemain dah tunjukkan skil terbaik sepanjang game tersebut. Sekarang ni cuma tinggal beregu Malaysia saja yang akan ke separuh akhir.
Ramai yang menjangkakan Chong Wei akan bertemu Lin Dan pada separuh akhir. Tapi Lin Dan juga kalah di suku akhir. Mengikut rekod, ini adalah kekalahan kali ketiga Chong Wei pada tahun 2010. Kekalahan pertama masa Olimpik bertemu Lin Dan di peringkat akhir. Kekalahan kedua pada Piala Thomas hari tu bertemu Lin Dan juga.
Kira Taufik berjaya memecahkan rekod bukan Lin Dan saja boleh tewaskan Chong Wei pada tahun 2010. Beliau juga mampu. Mungkin beliau juga berharap bertemu Lin Dan pada separuh akhir tapi dah nasib, Lin Dan pun kalah. Juara kali ni belum dapat ditentukan siapa sebab pilihan utama semua dah tumbang.
26 Aug
Kalau siapa biasa tengok cerita ‘Ibu Mertuaku’ lakonan P. Ramlee mesti biasa dengan tajuk yang saya tulis di atas. Kalau siapa yang nak kahwin pun kena sedia juga nak jawab dengan bakal mertua kalau diorang tanya,”Kamu kerja apa?”. Macam saya dulu nasib baik saya kerja sebagai seorang engineer. Jadi tak susahlah nak jawab.
Kalau sekarang ni diorang tanya susah sikit saya nak terangkan. Takkan nak beritahu “Saya buat duit kat internet”. Sebenarnya jawapan tersebut agak kurang memuaskan sebab pertanyaan dari bakal mertua tu mempunyai maksud tertentu biasanya. Daripada pekerjaan yang kita lakukan, mereka boleh agak orang bagaimanakah diri kita ni.
Tapi bila saya dah menguasai sedikit kemahiran sebagai web designer, saya boleh jawab sekarang ni saya buka bisnes sendiri dengan memberikan servis web design. Jawapan macam tu lebih baik rasanya. Tapi apakah ada maksud lain daripada soalan tersebut selain daripada nak tahu tentang kerja kita? Saya cuba spesifikkan sikit.
1) Soalan tu mungkin nak agak berapa pendapatan kita setiap bulan. Takkan mertua kita nak tanya berapa gaji kita kan?
2) Soalan tu mungkin nak tahu adakah kerja kita itu halal ataupun haram. Takkan dia nak biarkan anak dia makan dari hasil yang haram kan?
3) Soalan tu mungkin nak tahu apakah kerja kita itu memberikan sumbangan kepada masyarakat. Kalau dapat menantu kerja doktor kan best…
4) Soalan tu mungkin nak tahu adakah dengan pekerjaan kita itu, mampukah kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami? Susah juga kalau suami yang selalu outstation ataupun selalu belayar sampai berbulan-bulan.
Saya cuma dapat fikirkan 4 soalan ni saja setakat ni. Idea tak ada. Saya rasa banyak lagi yang boleh kita tambah. Tapi dari keempat-empat soalan tersebut. Cuma satu soalan saja berkenaan dengan duit. Yang lainnya berkenaan dengan halal haram, sumbangan terhadap masyarakat dan juga tanggungjawab.
Jadi buat duit dalam hidup bukanlah perkara yang penting sangat. Hanya salah satu keperluan dalam kehidupan saja. Maksud saya biarlah bersederhana. Jangan sampai lupakan halal haram, sumbangan pada masyarakat dan juga tanggungjawab kita.
Video kemerdekaan dari PETRONAS ni boleh bagi semangat sikit… Yang penting niat kita tu…
25 Aug
Entri sebelum ni saya telah menulis sedikit tentang gejala pembuangan bayi disebabkan kelalaian nikmat dunia. Kali ni saya tertarik pula untuk menulis tentang “Wajarkah pendidikan seks ni diajar disekolah?”. Pandangan peribadi saya mengatakan saya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut.
Saya tiada sebab yang kukuh untuk menolaknya tapi saya kurang minat dengan idea tersebut. Jadi saya nak ceritakan dekat sini untuk kita fikirkan bersama.
Sebab utama saya tidak sukakan pendidikan seks di sekolah kerana sepatutnya kita sebagai umat Islam telah dilarang sama sekali dari mendekati zina. Jadi kenapa kita tidak berbalik kepada menyelesaikan punca masalah ni iaitu berikan pengisian betapa pentingnya menjauhi zina. Kalau zina dapat dijauhi, pembuangan bayi takkan berlaku.
Mungkin saya kurang jelas dengan definisi pendidikan seks. Tapi apakah silibus yang terkandung di dalam pendidikan seks tersebut(kalau ada)? Saya terjumpa satu iklan dalam suratkhabar semalam. Iklan tu adalah iklan dari pembekal kondom yang saya rasa popular di negara kita iaitu Durex.

Saya baca berkali-kali iklan tersebut untuk memahami maksudnya. Kalau ikut tafsiran saya seolah-olah iklan durex ini cuba memberitahu gunakan produk mereka supaya kehamilan dan juga jangkitan seks tidak berlaku. Seperti yang kita tahu fungsi utama kondom ini bagi menghalang ‘benih’ lelaki masuk ke dalam tubuh wanita.
Untuk pasangan yang dah berkahwin, pastinya mereka tak perlukan ‘benda’ ni sekiranya mereka mahukan anak. Sekiranya ada penyakit pun, mereka boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Jadi untuk siapa kondom ini dijual? Adakah untuk pasangan yang dah berkahwin ataupun untuk pasangan yang tak berkahwin tapi nak mengadakan hubungan seks?
Lebih-lebih lagi ‘benda’ ni mudah je didapati di farmasi dan juga kedai 24 jam seperti 7-Eleven. Sekarang ni tak tau 7-Eleven ada jual lagi ke tak tapi masa saya kerja dengan 7-Eleven dulu memang ada jual. Berbalik kepada pendidikan seks yang nak diadakan di sekolah tadi, apakah tujuannya?
1) Adakah tujuannya nak mengajar pelajar untuk menjauhi seks bebas?
2) Adakah tujuannya nak mengajar pelajar bagaimana seks itu berlaku?
3) Adakah tujuannya nak mengajar pelajar bagaimana untukĀ mengelakkan kehamilan berlaku semasa melakukan hubungan seks?
Walaupun perkara ini belum lagi ada kata putus tapi pada pandangan saya ia tetap tidak menyelesaikan masalah sosial dikalangan remaja sekiranya diadakan pun. Bagi saya apa yang penting adalah penerapan nilai agama dalam diri setiap pelajar dan juga perlaksanaannya oleh setiap pelajar.
Ruangan komen dibuka untuk memberikan pandangan dan idea anda…
23 Aug
Di dalam dunia ni Allah dah berikan kita macam-macam nikmat. Kita ada nikmat makan, nikmat tidur, nikmat kehidupan dan bermacam-macam jenis nikmat. Nikmat yang ada di dunia ni memang tak dapat nak ditulis atas kertas sebab terlalu banyak. Masa di matrik dulu, saya sering diingatkan kita mesti bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat iman dalam diri kita.

Kadang-kadang kita perlu juga mencari bala untuk mendapatkan nikmat. Contohnya masa kecil-kecil dulu mak ayah selalu pesan, “Belajar rajin-rajin nanti boleh masuk universiti”. Bila dah masuk universiti pula,” Belajar rajin-rajin nanti boleh dapat kerja yang bagus”.
Belajar rajin-rajin tu bagi sesetengah orang adalah suatu bala tapi nikmatnya akan dirasai bila kita dapat pekerjaan yang bagus, gaji tinggi, hidup senang dan macam-macam lagi. Jika kita kita malas dan menganggap tak perlu belajar itu satu nikmat, maka kita akan ditimpa bala pada kemudian hari.
Antara perkara yang kita nampak jelas pada hari ini yang menjadi bala kepada masyarakat kita adalah isu pembuangan bayi. Di mana kebanyakan kes pembuangan bayi melibatkan remaja yang hanya mahu menikmati kehidupan yang seronok dan bebas. Disebabkan nikmat yang mereka inginkan sangat tu, mereka dah lupa pada bala yang akan menimpa mereka kemudian.
Nikmat dan bala itu sebenarnya berkait rapat. Bila kita menikmati sesuatu, kita perlu beringat kepada yang susah. Bila kita ditimpa bala, kita perlu beringat tentang nikmat yang pernah diberikan kepada kita. Semuanya ada timbal balik.
Ramai blogger-blogger yang yang menulis tentang isu pembuangan anak yang semakin meningkat. Jadi saya pun tak ketinggalan juga untuk menulis tentang pembuangan anak sikit-sikit. Jika kita letakkan hukuman 100% kepada pesalah, jangan kita lupa kita juga ada tanggungjawab dalam masalah ni. Jadi sama-samalah beringat.
22 Aug
Selalu kita tengok iklan kat TV setiap jenama lampin pakai buang tu tunjuk demo lampin diorang tu jenis kering dan tak membuatkan si manja rasa kurang selesa. Kononnya lampin diorang yang terbaik. Dan ada juga yang membeli lampin pakai buang yang mahal sebab dirasakan lampin tu boleh tahan lama. Tak payah tukar 5-6 jam pun tak apa.
Daripada pengalaman saya tukarkan lampin anak, lagi lambat kita tukar lampin anak, lagi mudah anak kena ruam. Masa mula-mula dulu memang saya pakai lampin pakai buang yang mahal. Sebab yang mahal ni ingatkan boleh tahan lama. Tapi tak juga. Ruam tu tetap terjadi.
Lepas saya tukar kepada cloth diaper, saya pun dapati anak saya kadang-kala kena ruam lampin juga. Setelah dinasihatkan oleh mak saya dan juga parent-in-law saya, mereka suruh saya kerap tukar lampin anak. Jangan sayang lampin, kena sayang anak lebih daripada lampin.
Saya pun selalu tukar lampin anak setiap 2 jam. Lepas tu ruam lampin pun tak ada. Sampai sekarang anak saya nak dekat 2 tahun pun masih ada ruam lampin lagi kadang-kadang. Biasanya terjadi sebab saya lambat tukar lampin dia. Saya tak sapu ubat pun. Kalau dah nampak ada ruam tu, saya akan kerap tukar lebih kurang dalam 2-3 jam sekali.
Biasanya yang lambat tukar ni sebab bila saya penat waktu malam kadang-kadang terlupa nak tukar lampin anak. Bila bangun pagi esok, bila nak mandikan anak, kita akan nampak ruam lampin tu akan timbul. Jadi nasihat saya tak kisahlah lampin apa nak pakai, kalau kerap tukar, ruam tu akan hilang sendiri.
Saya cerita pengalaman saya je. Mungkin orang lain, lain pengalamannya. Kalau nak share, boleh share di ruangan komen.
20 Aug
Umur anak saya sekarang dah hampir setahun 8 bulan. Tolak 2 bulan, kiranya hampir setahun 6 bulan saya menjaga anak saya di rumah saja. Sebab 2 bulan tu anak saya duduk di Ipoh masa isteri saya berpantang. Lepas pantang tu baru saya mula jaga anak saya sendiri. Dalam masa menjaga anak tu, banyak yang saya belajar.
Orang kata bisnes dari rumah tu senang. Yang senangnya bagi saya cuma waktunya flexible. Yang lain masih lagi kena kerja macam biasa. Kalau tak kerja tak adalah duit. Itu adalah lumrah dalam mencari pendapatan sendiri atau berniaga sendiri. Orang kata saya boleh jaga anak dan buat bisnes pada masa yang sama.
Pada pandangan saya, memang boleh saya buat kerja saya sendiri dan biarkan anak saya main sendiri. Tapi kadang-kadang kesian tengok dia main sorang-sorang. Saya takut pula kalau-kalau dia dapat kurang perhatian dari saya disebabkan kerja saya. Jadi saya cuba seimbangkan antara kerja dan jaga anak.
Bila anak tengah berjaga, biasanya saya akan cuba tumpu untuk jaga anak saja kecuali kalau ada hal kecemasan dengan pelanggan. Biasanya komputer saya off. Bila anak tidur, baru saya on tengok email dan balas beberapa email yang penting. Bila Ummi Faiq dah balik, baru saya akan mula buat kerja.
Saya boleh kategorikan 3 perkara yang perlu untuk membesarkan anak:
1) Jaga anak
Jaga anak ni termasuklah jaga makan dan minum dia, tukar lampin dia, pastikan dia tidur dan tidak pergi ke tempat merbahaya.
2) Didik anak
Anak kita juga perlukan pendidikan. Untuk umur anak saya sekarang, susah sikit nak ajar dia baca buku. Habis buku dikoyaknya nanti. Jadi apa yang saya buat, mainkan CD kanak-kanak yang bercorak hiburan dan juga pendidikan. Pastikan kita pun ada sekali waktu tu untuk tengok dia belajar.
3) Rekreasi dengan anak
Bagi saya penting juga waktu rekreasi dengan anak ni. Sebab masa ni lah komunikasi paling berkesan antara saya dan anak. Dulu saya selalu main bola. Baru-baru ni ajar dia main badminton pula. Sekarang ni saya lebih kerap bersihkan kawasan rumah dengan dia. Kalau komunikasi kita dengan anak bagus, dia akan cuba bantu kita.

Macam kat gambar di atas ni, saya cuba ajar anak saya bersihkan rumput. Bukan saya suruh tapi bila dia tengok saya potong rumput, dia pun nak potong. Bahaya pula nak bagi dia pegang pemotong rumput tu. Kalau kita tak bagi dia buat kerja nanti, dia buat kerja lain yang tak patut pula.
Jadi saya pun ajar dia untuk tolong saya buangkan rumput-rumput tu dalam tong sampah. Lepas tu dia pun tolong saya buang rumput-rumput tu dalam tong sampah dan saya pun boleh potong rumput sambil monitor dia. Ini pun bagi saya satu rekreasi bersama anak juga. Anak enjoy buat kerja, saya pun senang buat kerja.
20 Aug
Hari ni saya telah mendapat email bahawa saya telah di’tag’ oelh seorang rakan Facebook saya. Jadi saya pun bukalah akaun Facebook saya untuk melihat apakah gambar yang hendak ditunjukkan oleh rakan Facebook saya ni? Bila saya buka, rupanya gambar ni…

Saya ingatkan gambar apalah yang kawan saya ni nak saya tengok. Nak tahu apa saya buat lepas tu?
Saya klik pada gambar tersebut.
Saya cari nama saya kat bawah gambar tu.
Saya klik pada ‘remove tag’
Kemudian saya klik pada nama orang yang tag saya gambar tersebut.
Saya tengok dulu ‘mutual friends’ sebab nak tau connection saya dengan dia. Kadang-kadang ada yang saya approved je walaupun saya tak kenal. Saya sangka baik. “Diorang nak kawan dengan saya ni.”
Kalau mutual friends dia bukanlah dikalangan orang yang saya kenal, saya akan terus klik pada ‘Remove From Friends’
Jadi lepas ni tak dapatlah dia tag saya lagi sebab saya dah ‘remove’ dia dari senarai kawan saya di Facebook. Kalau kawan yang tag saya tu saya memang kenal, mungkin saya akan tegur dia mengatakan cara dia ni tak betul dalam promosi. Kenalah ada etika dalam mempromosikan bisnes.
Kenapa kena ada ‘double standard’? Kawan yang saya kenal takpe, yang tak kenal kena remove. Sebabnya senang je. Yang tak kenal ni biasanya dia add saya di Facebook semata-mata nak tag saya dengan promosi bisnes diorang. Tapi setakat ni takde lagi kawan-kawan yang saya kenal menggunakan tagging tu untuk tujuan tak beretika.
Facebok membenarkan aktiviti tagging ni sekiranya gambar tersebut ada kena mengena dengan orang di’tag’ itu. Kalau tengok balik pada gambar di atas tu, mana ada gambar saya. Memang gambar tu tak ada kena mengena dengan saya.
Kenapa kena buat macam ni?
1) Gambar yang di’tag’ tu akan berada di dalam ‘Profile Picture’ kita sekiranya kita biarkan. Kalau ada kawan-kawan lama nak tengok gambar-gambar kita, tiba-tiba ada keluar gambar macam gambar di atas. Jadi ia akan memburukkan album gambar kita di Facebook.
2) Gambar tu pun akan masuk ke Wall Facebook kita nanti sekiranya kita biarkan. Bagi saya kurang seronok bila tengok wall kita penuh dengan promosi bisnes saja. Saya suka kalau orang masuk wall Facebook saya dan diorang enjoy.
P/S : Saya sekarang ni agak aktif di Facebook. Ramai yang kongsi video kelakar…
Komen Terkini